Untuk perlawanan kedua, Kuching City FC akan bertemu Selangor FC dalam aksi Liga Super 2023 yang mana perlawanan ini akan berlangsung pada 2 Mac 2023, hari Khamis pukul 8.15 malam bertempat di Stadium Negeri.
Kuching City sebagai pendatang baru dalam Liga Super ini bakal berdepan dengan pasukan gergasi atau lebih dikenali dengan The Red Giant dan pastinya penyokong teruja untuk saksikan aksi perlawanan ini.
Selangor juga pastinya tidak mahu kehilangan mata apabila telah mula langkah kanan dengan kemenangan pada perlawanan pertama yang lalu dan pastinya seluruh pemain akan terus memberikan komitment yang tinggi.
Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online
Berita baik kepada semua penyokong bola sepak tempatan khusus untuk fans Kuching City apabila pihak pengurusan telah mengumumkan kemasukan ke stadium pada perlawanan ini adalah percuma. Ini sebagai tanda syukur dan apresiasi kepada semua penyokong dan peminat sukan bola sepak tempatan.
Tetapi bagi yang datang, anda masih perlu dapatkan tiket fizikal di kaunter pada hari perlawanan. Seorang hanya layak dapatkan maksima 5 tiket sahaja bermula 10.00 pagi hingga 3.00 petang.
Siaran Langsung Liga Super 2023 Kuching City Bertemu Selangor
Tapi untuk penyokong yang jauh, jangan risau! Anda boleh saksikan perlawanan ini yang dibawakan secara langsung menerusi saluran RTM TV2 dan Sukan RTM atau boleh tonton secara online di RTM Klik percuma untuk semua orang.
Selain di platform RTM, anda juga boleh strim secara online di Sooka dan aplikasi mobile tanpa perlu apa-apa langganan. Ianya juga percuma.
Jadual Dan Keputusan Kuching City Vs Selangor Di Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual perlawanan melibatkan Kuching City bertemu Selangor. Manakala untuk keputusan bagi perlawanan ini akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan.
Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi Liga Super 2023 antara Kuching City FC dan Selangor FC pada 2 Mac ini, hari Khamis dengan sepak mula pada jam 8.15 malam berlangsung di Stadium Negeri.
2 Mac 2023 (Khamis)
FT : Kuching City (0) - (5) Selangor
Noor Al-Rawabdeh 4' 48'
Ayron del Valle 9'
Brendan Gan 65'
Danial Asri 73'
Waktu : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Negeri
Tayangan : TV2, Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik, Sooka