Kini tiba untuk perlawanan kedua bagi Perlawanan Persahabatan Tier 1 dalam kalendar FIFA kali ini dimana mempertemukan antara pasukan kebangsaan Malaysia dan Hong Kong yang akan berlangsung pada 28 Mac 2023, hari Selasa juga bertempat di Stadium Sultan Ismail di Johor.
Alhamdulillah pasukan negara telah mengharungi perlawanan pertama di awal Ramadan yang lalu dengan kemenangan apabila berjaya menumpaskan lawan yang sama ketika peringkat kelayakan AFC Asian Cup yang lalu iaitu Turkimenistan dengan jaringan 1 gol tanpa balas.
Dalam perlawanan tersebut, gol tunggal hasil jaringan Akhyar Rashid pada minit 29 memisahkan antara kedua-dua pasukan. Malaysia berjaya mengekalkan 1 gol tersebut selama 90 minit walaupun diasak berkali-kali oleh pihak lawan.
Pastinya dengan rentak kemenangan ini, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon mahukan ianya diteruskan apabila bertemu pasukan Hong Kong pada Selasa ini. Kita mahu menang, mereka juga pastinya inginkan kemenangan demi memperbaiki rangking FIFA.
Setakat ini, kedua-dua pasukan ini hanya dipisahkan dengan 1 anak tangga sahaja. Malaysia sebelum diumumkan kedudukan terbaru pada April ini kini berada di tangga ke-145, manakala Hong Kong berada di belakang iaitu di tangga ke-146.
Jika dilihat di atas kertas, Malaysia mempunyai kelebihan dan ditambah pula dengan bermain di halaman sendiri serta rekod pertemuan. Manakan tidak, daripada 9 pertemuan, Malaysia menang 3 kali, seri 4 kali dan hanya tewas 2 kali sahaja. Dua kali pertemuan terbaru sebelum ini juga berpihak kepada Malaysia apabila menang kedua-dua perlawanan tersebut.
Tapi inilah bola sepak, apa-apa pun boleh berlaku dan jangan terlalu yakin serta pandang rendah terhadap pihak lawan. Terbaru, Hong Kong meraih keputusan seri berdepan Singapura dan kemudian akan terbang ke Malaysia bagi menghadapi skuad Harimau Malaya pula.
Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan
Berikut merupakan senarai pemain kebangsaan untuk kesebelasan utama untuk pasukan Malaysia bagi menentang Hong Kong untuk perlawanan ini.
Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online
Jadi jangan berlengah lagi untuk semua penyokong dan ekor Harimau Malaya. Penuhkan stadium pada selasa ini bagi memberikan sokongan padu kepada semua pemain yang disenaraikan dan dipilih untuk beraksi di atas padang. Kita juga boleh jadi pemain ke-12, bersama-sama melawan Hong Kong nanti.
Sama juga seperti pada perlawanan pertama dimana perlawanan ini akan dimainkan di venu yang sama iaitu Stadium Sultan Ismail di Johor dan bukan di stadium keramat di Bukit Jalil. Jadi yang berdekatan terutamanya datang beramai-ramai ke stadium bagi menunjukkan semangat kesukanan.
FAM seperti sebelum ini telah menetapkan harga tiket masuk untuk perlawanan persahabatan tier 1 ini berharga RM30.00 untuk tempat duduk terbuka dan RM5 untuk tiket kanak-kanak. Tiada penjualan tiket secara fizikal di stadium. Anda hanya boleh beli secara online mulai sekarang di laman web www.tickethotline.com.my
Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan 2023 Malaysia vs Hong Kong
Mungkin di bulan Ramadan ini ada kekangan untuk anda yang ingin datang ke stadium. Jadi jangan risau apabila perlawanan ini juga turut akan disiarkan secara langsung di kaca tv anda menerusi beberapa saluran supaya semua orang boleh tengok.
Anda boleh tonton secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 atau boleh strim secara online di Astro Go. Juga tersedia di platform web dan aplikasi Sooka yang mana anda boleh download dan tonton secara percuma.
Bukan itu sahaja, perlawanan ini juga akan dibawakan secara live di saluran TV9 menerusi siaran Astro 149 atau myfreeview 109. Kalau tak sempat menonton di tv, anda boleh strim di web atau aplikasi Tonton juga tanpa sebaran langganan dan bayaran.
Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk saksikan perlawanan ini secara langsung di tv. Lepas tarawih nanti, boleh tengok bola sepak pula.
Jadual Dan Keputusan Malaysia vs Hong Kong Untuk Perlawanan Persahabatan Tier 1 FIFA 2023
Ini merupakan jadual perlawanan melibatkan pasukan Malaysia bertemu Hong Kong. Manakala untuk keputusan perlawanan ini pula hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan 90 minit pada malam tersebut.
Jadi jangan terlepas untuk saksikan Perlawanan Persahabatan Tier 1 FIFA antara Malaysia vs Hong Kong pada 28 Mac ini, hari Selasa dengan waktu sepak mula pada jam 10.00 malam yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor
28 Mac 2023 (Selasa)
FT : Malaysia (2) - (0) Hong Kong
Akhyar Rashid 18'
Faisal Halim 41'
Waktu : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ismail
Tayangan : Astro Arena 801 dan TV9
Live Streaming : Astro Go, Sooka dan Tonton