Siaran Langsung Malaysia vs Turkmenistan Perlawanan Persahabatan 2023

Siaran Langsung Malaysia vs Turkmenistan Perlawanan Persahabatan 2023

Kini aksi saingan Liga Malaysia terutamanya Liga Super diberhentikan buat seketika bagi memberi laluan untuk perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 FIFA iaitu melibatkan Malaysia dan Turkmenistan yang akan berlangsung pada 23 Mac 2023, hari Khamis bertempat di Stadium Sultan Ismail di Johor.

Kalendar FIFA untuk yang pertama kali ini adalah bermula dari 20 hingga 28 Mac 2023. Jadi sepanjang tempoh ini akan berlangsung perlawanan persahabatan melibatkan pasukan kebangsaan setiap negara dan Malaysia akan mengharungi 2 perlawanan iaitu bertemu Turkmenistan dan Hong Kong pada 28 Mac kelak.

Jadi perlawanan pertama ini, Malaysia akan bertemu sekali lagi lawan yang pernah dikalahkan dalam saingan peringkat kelayakan AFC Asian Cup pada tahun 2022 yang lalu apabila diundi dalam kumpulan yang sama iaitu Group E.

Pertemuan tersebut adalah kali pertama dan pada perlawanan persahabatan kali ini adalah kali kedua dan pastinya pihak lawan tidak mahu terus untuk dimalukan oleh sebuah pasukan yang kedudukan rangking lebih rendah daripada mereka.

Jika dilihat dalam rangking FIFA, Turkmenistan berada di 10 tangga lebih tinggi daripada Malaysia yang mana mereka di kedudukan 135 dan Malaysia kini berada di kedudukan 145. Jika dilihat atas kertas pastinya akan memberi kelebihan kepada Turkmenistan.

Walaupun begitu, inilah bola sepak yang mana apa-apa boleh terjadi. Mereka dah tunjukkan apabila skuad Harimau Malaya jika ditambah dengan sorakan penyokong setia, mereka mampu menumbangkan pasukan yang rangking lebih tinggi seperti yang ditunjukkan dalam aksi kelayakan Piala Asia yang lalu.

Dengan kemenangan tersebut juga kemenangan bertemu Bangladesh ketika itu, cukup memberikan mimpi indah kepada skuad Kim Pan Gon dan seluruh penyokong pasukan bola sepak negara apabila layak secara merit ke Piala Asia 2023 yang dijadualkan berlangsung pada awal tahun 2024.

Jadi pemain-pemain negara pastinya ingin meneruskan rentak kemenangan ini dan tidak mahu hilang mata untuk naik rangking yang lebih tinggi. Ditambah pula, perlawanan ini akan berlangsung di hadapan penyokong sendiri.

Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online

Umum sudah ketahui, stadium keramat Harimau Malaya iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil kini sedang dalam penambahbaikkan dan secara tidak langsung tidak boleh digunakan untuk seketika. Disebabkan itu, kedua-dua perlawanan persahabatan ini akan berlangsung di negeri Johor iaitu di Stadium Sultan Ismail.

Jadi mereka yang berdekatan terutamanya untuk peminat bola sepak tanah air, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium bagi memberikan sorakan padu kepada pasukan negara untuk terus mempamirkan aksi terbaik.

Anda kini sudah boleh mula dapatkan tiket masuk yang dijual secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga yang ditetapkan oleh FAM iaitu RM30 untuk tiket terbuka dan RM5 sahaja untuk tiket kanak-kanak. Untuk pengetahuan anda, tiada penjualan tiket fizikal di stadium. Jadi kena beli online sahaja.

Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan 2023 Malaysia vs Turkmenistan

Perlawanan ini akan berlangsung pada 1 Ramadan iaitu ketika umat islam berpuasa. Tetapi ianya akan berlangsung sedikit lewat daripada waktu biasa. Jadi tidak perlu khuatir sekiranya anda ingin bertarawih terlebih dahulu.

Selain saksikan di stadium, mungkin ada yang tidak berkesempatan untuk datang, perlawanan ini juga akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena 801 serta tontonan secara online di platform Astro Go. Juga boleh ditonton di web atau aplikasi Sooka secara percuma.

Tiada Astro? Jangan risau kerana match ini juga akan ditayangkan di saluran TV9. Boleh tonton di siaran Astro 149 atau myfreeview 109. Selain itu, anda juga boleh strim secara percuma menerusi web dan aplikasi Tonton juga secara percuma.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain kebangsaan untuk kesebelasan utama untuk pasukan Malaysia menentang Turkmenistan dalam perlawanan ini

Pemain Malaysia vs Turkmenistan 23 Mac 2023

Jadual Dan Keputusan Malaysia vs Turkmenistan Untuk Perlawanan Persahabatan FIFA 2023

Ini merupakan jadual perlawanan melibatkan pasukan Malaysia bertemu Turkmenistan. Manakala untuk keputusan perlawanan ini pula hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan 90 minit pada malam tersebut.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan Perlawanan Persahabatan FIFA Tier 1 antara Malaysia vs Turkmenistan pada 23 Mac ini, hari Khamis dengan waktu sepak mula pada jam 10.00 malam yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri Johor

23 Mac 2023 (Khamis)

FT : Malaysia (1) - (0) Turkmenistan

Akhyar Rashid 29'

Waktu : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ismail
Tayangan : Astro Arena 801 dan TV9
Live Streaming : Astro Go, Sooka dan Tonton

Post a Comment

Previous Post Next Post