Selepas selesai dua perlawanan sebelum ini, kini aksi Piala FA untuk pusingan pertama diteruskan lagi dengan dua lagi pertemuan dan salah satunya adalah antara Manjung City FC dan Sains FC yang bakal berlangsung pada 25 Mac 2023, hari Sabtu jam 10.00 malam bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Perak.
Kita sedia maklum, untuk pusingan pertama Piala FA tahun 2023 ini hanya melibatkan 8 pasukan dengan 4 pertemuan. Jika sebelum ini telah sudah pertemuan antara Sri Pahang dan Perak serta Kedah dan Penang. Kini giliran 4 lagi pasukan yang hanya melibatkan pasukan daripada Liga M3 iaitu Manjung City, Sains, Imigresen dan BRM Kuala Kangsar.
Setakat 19 Mac untuk minggu kedua liga, kedua-dua Manjung City dan Sains masih belum bertemu antara satu sama lain di Liga M3. Sains FC masih cemerlang apabila memenangi kesemua tiga perlawanan dan mengumpul mata maksimum iaitu 9 bersama-sama Kuala Lumpur Rovers FC.
Manakala nasib Manjung City berbeza apabila masih belum meraih sebarang keputusan kemenangan dimana hanya meraih dua kali seri dan satu kekalah dengan mengumpul 2 mata dan kini berada di tangga ke-10 daripada 14 pasukan kesemuanya.
Jika dilihat daripada prestasi semasa, pastinya Sains memiliki kelebihan berbanding pihak lawan dan sekali gus mampu untuk meraih kemenangan. Walaupun begitu, perlawanan kali ini akan bermain di home Manjung City dan pastinya dihadapan penyokong sendiri. Pastinya akan memberikan tonik tambahan bagi mengalahkan pasukan lawan.
Untuk pasukan yang menang dalam perlawanan ini, mereka akan bertemu Kelantan FC di pusingan 16 terbaik yang dijadualkan berlangsung pada 14-15 April ini. Manakala yang tewas akan pulang berputih mata.
Pembelian Tiket Masuk Ke Stadium
Untuk peminat bola sepak tempatan yang ingin menonton perlawanan ini, boleh datang dan memeriahkan suasana disamping memberikan sokongan yang berterusan untuk kelab dan pasukan yang anda minat selama tempoh 90 minit.
Jadi anda boleh datang beramai-ramai ke stadium dengan dapatkan tiket masuk dengan harga RM10 untuk tempat duduk grandstand dan RM5 untuk tempat duduk terbuka. Manakala kanak-kanak dibawah 12 tahun masuk secara percuma. Tiada pembelian tiket secara online.
Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan
Berikut merupakan senarai pemain untuk kesebelasan utama untuk pasukan Manjung City dan Sains dalam perlawanan ini.
Siaran Langsung Piala FA 2023 Manjung City vs Sains
Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang dan kemudian sudah selesai tarawih, boleh la saksikan perlawanan ini yang akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 dan Arena Bola 803 juga secara online yang boleh ditonton di Astro Go.
Bukan itu sahaja, perlawanan ini juga akan dibawakan secara live menerusi saluran TV Okey serta Sukan RTM. Macam biasa, kalau nak tengok secara online boleh pergi ke web atau guna aplikasi RTM Klik.
Selain itu, perlawanan ini juga turut boleh distrim menerusi platform dan aplikasi Sooka. Sama seperti perlawanan sebelumnya, untuk pusingan pertama tiada tawaran pas 1-perlawanan yang disediakan. Jadi anda perlu langgan pas bulanan Liga Malaysia dengan harga RM28.90 untuk menontonnya. Tapi ada di Astro Arena, jadi boleh strim secara percuma juga.
Jadual Dan Keputusan Manjung City vs Sains Di Piala FA 2023
Ini merupakan jadual perlawanan yang melibatkan Manjung City bertemu Sains. Manakala untuk keputusan perlawanan ini pula hanya akan dikemaskini sejurus selepas habis atau tamat perlawanan 90 minit pada malam tersebut.
Jadi jangan terlepas untuk saksikan Piala FA 2023 pusingan pertama antara Manjung City FC vs Sains FC pada 25 Mac ini, hari Sabtu dengan waktu sepak mula pada jam 10.00 malam berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Perak
25 Mac 2023 (Sabtu)
FT : Manjung City (2) - (0) Sains
Syamin Baharuddin 3'
Afeeq Iqmal Rosli 84'
Manjung City berjaya ke pusingan 16 Piala FA 2023 bertemu Kelantan FC
Waktu : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Majlis Perbandaran Manjung
Tayangan : Astro Arena 801, Arena Bola 803, TV Okey, Sukan RTM
Live Streaming : Astro Go dan Sooka