Perlawanan Liga Super 2023 diteruskan lagi untuk minggu ketiga hari ketiga pula dimana mempertemukan Negeri Sembilan FC dan Johor Darul Ta'zim FC yang akan berlangsung pada 6 Mac 2023, hari Isnin jam 9.00 malam bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.
Setakat minggu kedua Liga Super musim terbaru ini, tuan rumah Negeri Sembilan masih tidak berjaya mencipta kemenangan dimana mereka telah seri untuk kedua-dua perlawanan tersebut dan kini menduduki tangga ke-8 dengan 2 mata sahaja.
Manakala juara Piala Sumbangsih, JDT masih utuh dengan kemenangan dengan meraih 6 mata maksimum dan berada di kelompok 3 pasukan teratas bersama Sabah dan Selangor. Tambahan lagi, JDT satu-satunya pasukan setakat ini yang masih belum melepaskan dan dibolosi gol.
Negeri Sembilan pastinya inginkan kemenangan sulung dalam perlawanan kali ini disamping mereka juga mempunyai kelebihan apabila bermain di tempat sendiri dan ditambah dengan semangat penyokong mereka sendiri di sana.
JDT sehingga 9 musim ini masih belum goyah terutamanya di dalam saingan liga super. Kemenangan adalah perkara biasa bagi mereka dan kekalahan itu pastinya jarang dan suatu luar biasa apabila ianya berlaku. Tapi inilah bola sepak, apa-apa boleh terjadi.
Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online
Pasti penyokong tuan rumah tidak sabar untuk saksikan pasukan kesayangan mereka sendiri melayan kunjungan JDT. Ingin lihat bagaimana persembahan yang bakal ditonjolkan di hadapan mata mereka sendiri di dalam stadium keramat mereka.
Jadi jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online sahaja di laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM15.00 untuk semua zon. Selain itu, anda juga boleh dapatkan tiket fizikal yang kini sudah dijual diperkarangan stadium dengan harga yang sama.
Siaran Langsung Liga Super 2023 Negeri Sembilan vs JDT
Tetapi sekiranya anda tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, jangan risau kerana perlawanan ini juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM di TV2 dan Sukan RTM serta boleh juga tonton secara online di RTM Klik percuma untuk semua orang.
Bukan itu sahaja, kini saluran RTM terutamanya bagi peminat bola sepak, anda juga boleh strim secara online di platform web dan aplikasi Sooka. Sebab ianya ditayangkan di RTM, anda tidak perlu langgan, anda boleh saksikan secara percuma sahaja.
Senarai Pemain Keselabasan Utama Perlawanan
Berikut merupakan senarai pemain untuk kesebelasan utama untuk pasukan Negeri Sembilan dan JDT dalam perlawanan ini
Jadual Dan Keputusan Negeri Sembilan vs JDT Di Liga Super 2023
Ini merupaakn jadual perlawanan melibatkan Negeri Sembilan bertemu JDT. Manakala untuk keputusan perlawanan ini pula hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan 90 minit pada malam tersebut.
Jadi jangan terlepas untuk saksikan Liga Super 2023 antara Negeri Sembilan FC vs Johor Darul Ta'zim FC pada 6 Mac ini, hari Isnin dengan waktu sepak mula pada jam 9.00 malam berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.
6 Mac 2023 (Isnin)
FT : Negeri Sembilan (0) - (7) JDT
Fernando Forestieri 21', 49' (P)
Diogo 41'
Corbin-Ong 67', 88'
Endrick 74'
Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi
Tayangan : TV2 dan Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik dan Sooka