Siaran Langsung Perlawanan Negeri Sembilan vs Kelantan Di Liga Super 2023

Siaran Langsung Perlawanan Negeri Sembilan vs Kelantan Di Liga Super 2023

Untuk hari kedua bagi minggu keenam diteruskan lagi dengan tiga perlawanan lagi dan salah satunya adalah pertemuan antara Negeri Sembilan FC dan Kelantan FC yang akan berlangsung pada 1 April 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Jika dilihat daripada statistik sebelum-sebelum ini, kedua-dua pasukan ini nampaknya balance dimana tiga pertemuan terakhir masing-masing berjaya memenangi satu perlawanan dan seri sekali. Jadi perlawanan ini pastinya sengit untuk ditentukan siapakah pemenang untuk pertemuan kali ini.

Negeri Sembilan

Sebelum ini, Negeri Sembilan telah mengalami mimpi ngeri apabila tewas kepada JDT dengan jumlah jaringan terbesar setakat ini bagi musim baru iaitu sebanyak 7 gol. Tapi mereka tidak terus pandang kebawah apabila meraih kemenangan sulung pada perlawanan seterusnya iaitu ketika bertemu Terengganu.

Kini berbekalkan dengan 5 mata, Negeri Sembilan berada di tangga ke-8. Pastinya mereka kini tidak mahu lagi tercicir mata atau tewas dengan jumlah jaringan yang begitu besar. Pasti pemain-pemain akan berikan yang terbaik bagi setiap perlawanan.

Kelantan

Jika dibandingkan keputusan bertemu JDT, Kelantan juga tewas tetapi tidaklah terlalu banyak berbanding Negeri Sembilan. Tapi paling menarik apabila satu-satunya pasukan yang berjaya menjaringkan gol ketika berhadapan dengan pasukan tersebut. Not bad sebenarnya.

Kelantan mula dengan agak suram dalam kancah Liga Super sebelum ini. Dua perlawanan awal, mereka tewas kepada pasukan lawan dan berjaya menang apabila bertemu Penang. Kali terkahir mereka meriah keputusan seri ketika berdepan KL City.

Adakah Negeri Sembilan akan mempergunakan kesempatan bermain di halaman sendiri untuk menewaskan pasukan lawan? Atau adakah Kelantan mempunyai rencana dan rahsia tersendiri untuk mencuri mata dalam kunjungan kali ini.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain untuk kesebelasan utama untuk pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan dalam perlawanan ini.

Pemain kesebelasan Negeri Sembilan vs Kelantan

Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online

Macam biasa, selepas selesai solat tarawih nanti, jangan lupa untuk beramai-ramai datang dan penuhkan stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan kegemaran anda baik penyokong tuan rumah atau ada penyokong ber'away day' kali ini dari Kelantan.

Apa-apapun jangan lupa dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi laman web di www.tickethotline.com.my dengan harga RM15.00 sahaja untuk tiket terbuka dan RM9.00 untuk tiket kanak-kanak bawah 12 tahun.

Selain itu, tiket fizikal juga telah mula dijual di kaunter tiket perkarangan stadium dan wisma PBNS dengan harga yang sama. Tapi ada pilihan untuk anda beli tiket berbumbung dengan harga RM30 yang tidak dijual secara online.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Negeri Sembilan vs Kelantan

Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium tapi nak tengok juga perlawanan ini, anda boleh tonton secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau tontonan secara online di Astro Go khusus untuk pengguna Astro.

Tiada Astro, takpa. Anda masih boleh strim secara live menerusi platform web atau aplikasi Sooka yang boleh dimuat turun di smartphone. Anda perlu langgan dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1-perlawanan atau RM28.90 secara bulanan untuk pas Liga Malaysia.

Jadual Dan Keputusan Negeri Sembilan vs Kelantan Di Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan antara Negeri Sembilan dan Kelantan. Untuk keputusan perlawanan hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat tempoh perlawanan 90 minit.

Jadi untuk semua peminat bola sepak tempatan khusus untuk kedua-dua pasukan jangan terlepas untuk saksikan aksi Liga Super 2023 antara Negeri Sembilan FC vs Kelantan FC pada 1 April ini, hari Sabtu dengan waktu sepak mula pada jam 10.00 malam yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

1 April 2023 (Sabtu)

FT : Negeri Sembilan (4) - (2) Kelantan

Mahalli Jasuli 16'
Ismaheel Akinade 36' (P), 54'
Herold Goulon 38'
Shahrel Fikri 76'
Casagrande 89'

Waktu : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Tuanku Abdul Rahman
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post