Siaran Langsung Perlawanan Penang vs Perak Di Liga Super 2023

Siaran Langsung Perlawanan Penang vs Perak Di Liga Super 2023

Salah satu perlawanan yang berlangsung dalam minggu enam Liga Super 2023 selepas international break adalah pertemuan antara Penang FC dan Perak FC yang akan berlangsung pada 31 Mac 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Selepas selesai aksi daripada skuad kebangsaan Harimau Malaya, kini mata semua tertumpu dengan aksi Liga Super yang disambung semula dan ini merupakan kali pertama ianya dimainkan dalam bulan Ramadan untuk musim terbaru ini. Pasti ramai yang teruju. Lepas tarawih boleh terus datang stadium.

Penang FC

Adakah dalam tempoh 2 minggu sebelum ini Penang berjaya mendapat resepi terbaru untuk meneruskan cabaran dalam Liga Super kali ini? Manakan tidak, dalam lima perlawanan sebelum ini, tiada keputusan kemenangan yang diperoleh.

Kesemua perlawanan tersebut, Penang hanya berjaya memungut sebanyak 2 mata sahaja apabila berjaya mencatatkan dua keputusan seri dengan 3 kekalahan. Dalam kedudukan liga pula, Penang kini berada di tempat kedua tercorot iaitu di tempat ke-13, satu mata dihadapan Kelantan United.

Perak FC

Perak antara pasukan daripada Liga Premier sebelum yang telah dinaikkan ke Liga Super untuk saingan musim kali ini. Saingat lebih sengit dan kompetitif apabila akan berdepan dengan pasukan yang lebih besar

Akan tetapi, nampaknya selain PDRM, Perak berjaya berada di kedudukan lebih baik berbanding bekas pasukan Liga Premier yang lain iaitu dikedudukan ke-7 dengan keputusan 1 kemenangan dan masing-masing dengan 2 seri dan kalah iaitu dengan 5 mata.

Jika dilihat untuk rekod dan prestasi, kedua-dua pasukan ini berpeluang untuk mencipt kemenangan. Tetapi Penang pastinya akan mempergunakan kelebihan bermain di tempat sendiri untuk raih mata maksimum dengan menumpaskan Perak sekali gus mencatat kemenangan pertama musim kali ini.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain untuk kesebelasan utama untuk pasukan Penang dan Perak dalam perlawanan ini

Senarai pemain Penang vs Perak

Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online

Penyokong Penang, jangan lupa temu janji kita pada jumaat ini. Lepas tarawih, ajak ramai-ramai untuk turun ke stadium dan berikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda. Bagi mereka semangat untuk mencipta kemenangan pertama musim ini.

Jadi jangan lupa dapatkan sekaran tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi laman web di ticket.tickethotline.com.my dengan harga bermula RM10.00 untuk tiket terbuka dan RM40.00 untuk tiket grandstand serta RM5.00 untuk tiket kanak-kanak.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Penang vs Perak

Perlawanan ini juga turut ditayangkan secara langsung untuk tontonan di rumah iaitu menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 atau pengguna Astro boleh juga tonton secara online dengan menggunakan Astro Go.

Seperti biasa untuk yang tidak melanggan Astro dimana perlawanan ini anda boleh live streaming secara online di platform web atau aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langgan dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1-perlawanan atau boleh juga terus langganan secara bulanan dengan harga RM28.90.

Jadual Dan Keputusan Penang vs Perak Di Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual perlawanan yang melibatkan kedua-dua pasukan Penang dan Perak untuk minggu ini. Manakala untuk keputusan haya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan 90 minit pada malam tersebut.

Jadi untuk semua peminat bola tempat khususnya jangan terlepas untuk saksikan aksi Liga Super 2023 Penang FC vs Perak FC pada 31 Mac ini, hari Jumaat dengan waktu sepak mula pada jam 10.00 malam yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

31 Mac 2023 (Jumaat)

FT : Penang (3) - (1) Perak

Soony Saad 6'
Nik Akif Syahiran 37'
Seo Seon-ung 71'
Glovane Gomes 84'

Waktu : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Bandaraya
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post