Siaran Langsung Perlawanan Perak vs Sri Pahang Di Piala FA 2023

Siaran Langsung Perlawanan Perak vs Sri Pahang Di Piala FA 2023

Berhenti sebentar saingan Liga Super untuk memulakan saingan Piala FA yang bermula dengan pusingan pertama melibatkan 4 perlawanan dan salah satu daripadanya adalah pertemuan Perak FC dan Sri Pahang FC yang bakal berlangsung pada 8 Mac 2023, hari Rabu jam 8.15 malam di Stadium Perak, Ipoh.

Untuk pusingan awal ini hanya melibatkan 8 pasukan sahaja iaitu dari Liga Super; Perak, Sri Pahang, Kedah, Penang dan 4 pasukan Liga M3 iaitu Manjung City, Sains, Kuala Kangsar BRM dan Imigresen yang sebahagiannya akan bermain pada 25 Mac ini.

Manakala lagi 12 pasukan yang bertanding dalam kejohanan Piala FA 2023 telah pun secara automatik berada di pusingan 16 terbaik termasuklah 2 lagi dari Liga M3 iaitu Melaka FC dan PIB Shah Alam FC yang menjadikan kesemuanya 20 pasukan.

Pemenang bagi pusingan ini akan mara ke pusingan 16 terbaik dan jika pemenang bagi perlawanan melibatkan Perak dan Sri Pahang ini, mereka akan bertemu pasukan yang lebih kuat selepas ini iaitu Selangor FC.

Untuk rekod, Perak merupakan juara sulung Piala FA ketika mula dipertandingkan pada musim 1990. Manakala Sri Pahang pula kali terakhir memenanginya adalah pada tahun 2018. Masing-masing pastinya ada misi tersendiri untuk menang dan melepasi ke pusingan seterusnya.

Jadi adakah Perak mampu melakar kemenangan pertama untuk musim terbaru ini dalam kancah Liga Malaysia? Atau adakah Tok Gajah akan terus memberi derita kepada skuad Seladang sekali gus memenangi perlawanan ini? Nantikan...

Pembelian Tiket Masuk Ke Stadium Secara Online

Seperti biasa sama juga pada Liga Super dimana anda masih boleh dapatkan tiket masuk ke stadium secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga bermula RM18.00 untuk tiket terbuka dan RM30.00 untuk tiket grandstand.

Pembelian tiket secara fizikal juga turut dijual dan anda boleh dapatkan di perkarangan stadium bermula hari perlawanan dari jam 1.00 petang dan 5.00 petang dengan harga yang sama seperti pembelian online. Jadi beli online lebih menjimatkan masa.

Siaran Langsung Piala FA 2023 Perak vs Sri Pahang

Tetapi sekiranya anda tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, jangan risau kerana anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung yang dibawakan menerusi saluran Astro Arena Bola 2 (CH804) atau boleh tonton secara online di Astro Go.

Bukan itu sahaja, jika anda tiada Astro, anda boleh juga tonton menerusi live streaming yang akan dibawakan di platform web dan aplikasi Sooka. Sepertinya tiada pas 1-perlawanan disediakan. Jadi anda perlu langgan pas Liga Malaysia secara bulanan dengan harga RM28.90.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain untuk kesebelasan utama untuk pasukan Perak dan Sri Pahang dalam perlawanan ini

Pemain keselebelasan utama Perak dan Sri Pahang Piala FA 2023

Jadual Dan Keputusan Perak vs Sri Pahang Di Piala FA 2023

Ini merupakan jadual perlawanan melibatkan Perak bertemu Sri Pahang. Manakala untuk keputusan perlawanan ini pula hanya akan dikemaskini sejurus selepas habis atau tamat perlawanan 90 minit pada malam tersebut.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan Piala FA 2023 pusingan pertama antara Perak FC vs Sri Pahang FC pada 8 Mac ini, hari Rabu dengan waktu sepak mula pada jam 8.15 malam berlangsung di Stadium Perak, Ipoh.

8 Mac 2023 (Rabu)

FT : Perak (1) - (2) Sri Pahang

Christian Obiozor 34'
Abdul Malik Mat Ariff 82'
Stefano Brundo 90+5' (P)

Waktu : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Perak, Ipoh
Tayangan : Arena Bola 3 804
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

*Sri Pahang berjaya mara ke pusingan 16 terbaik Piala FA 2023 bertemu Selangor

Post a Comment

Previous Post Next Post