Untuk perlawanan kedua, Sabah FC akan bertemu Kelantan United FC dalam aksi Liga Super 2023 yang mana perlawanan ini akan berlangsung pada 1 Mac 2023, hari Rabu pukul 8.15 malam bertempat di Stadium Likas.
Pada musim lalu, kedua-dua pasukan ini pernah bertemu dan ketika itu dalam saingan Piala FA dan ianya berpihak kepada pasukan Sabah dengan kemenangan 2-1 sekali gus melayakkan diri ke pusingan suku akhir.
Kali ini, mereka bertemu sekali lagi dalam Liga Super pula dan pastinya Kelantan United ingin mencuri mata di bumi Sabah selepas mereka tewas tipis kepada Selangor pada perlawanan pembukaan pada Ahad yang lalu.
Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online
Untuk mereka yang berdekatan khususnya bagi penyokong pasukan Sabah FC, jangan lupa untuk datang ke stadium dan berikan sokongan padu kepada pasukan anda.
Tiket masuk kini anda boleh dapatkan secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga bermula RM15.00 untuk tiket terbuka dan RM32.00 untuk tiket grandstand.
Siaran Langsung Liga Super 2023 Sabah Bertemu Kelantan United
Tetapi jangan risau untuk anda yang tidak dapat hadir ke stadium kerana perlawanan ini akan dibawakan juta secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 2 (CH804) atau boleh tonton secara online di Astro Go secara percuma.
Kalau anda tiada Astro jangan risau kerana perlawanan ini juga turut disiarkan di Sooka atau aplikasi mobile dengan harga langganan serendah RM4.90 sahaja untuk pas-satu-perlawanan.
Jadual Dan Keputusan Liga Super 2023 Sabah Vs Kelantan United
Berikut merupakan jadual perlawanan antara Sabah bertemu Kelantan United. Manakala keputusan bagi perlawanan ini akan dikemaskini sejuru selepas habis atau tamat perlawanan.
Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi Liga Super 2023 antara Sabah dan Kelantan United pada 1 Mac ini, hari Rabu dengan sepak mula pada jam 8.15 malam bertempat di Stadium Likas
1 Mac 2023 (Rabu)
FT : Sabah (3) - (1) Kelantan United
Darren Lok 21' (P)
Park Tae-su 26'
Telmo Castanheira 46'
Indra Putra Mahayuddin 90+2'
Waktu : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Likas
Tayangan : Arena Bola 804
Live Streaming : Astro Go, Sooka