Siaran Langsung Liga Super 2023 Selangor vs Sri Pahang

Siaran Langsung Liga Super 2023 Selangor vs Sri Pahang

Perlawanan Liga Super 2023 diteruskan lagi untuk minggu ketiga hari kedua yang mana mempertemukan Selangor FC dan Sri Pahang FC yang akan berlangsung pada 5 Mac 2023, hari Ahad jam 5.30 petang bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Setakat minggu kedua Liga Super musim terbaru ini, Selangor masih mengekalkan rekod bersih kemenangan dengan memungut sebanyak 6 mata maksimum dan kini berada di tempat kedua dalam carta liga dibelakang Sabah.

Manakala Sri Pahang juga tanpa mengalami kekalah dengan 1 seri serta 1 kemenangan dan memungut sebanyak 4 mata dan kini berada di tangga kelima dalam carta liga dibelakang Kedah dan 2 mata perbezaan antara Selangor.

Bukan itu sahaja, selain JDT, Selangor juga menjadi antara pasukan yang masih belum bolos walaupun satu gol daripada pihak lawan. Dengan statistik ini, pastinya akan terus memberikan tonik awal kepada pasukan Selangor untuk menjadi salah satu pencabar kejuaraan bagi musim ini.

Adakah Selangor mampu meneruskan rentak kemenangan terutamanya ketika bermain di halaman sendiri pada petang ini? Atau Sri Pahang mampu memberikan kejutan yang tidak disangka apabila berkunjung ke halaman lawan nanti.

Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online

Jika bermain di gelanggan sendiri, pastinya akan dipenuhi dengan penyokong sendiri. Jadi untuk semua penyokong Selangor terutamanya datang dan penuhi setiap pelusuk stadium bagi terus memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda.

Sebelum datang, boleh dapatkan tiket masuk secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga bermula RM22.66 tiket terbuka dan RM27.8 tiket grandstand. Anda juga boleh beli tiket fizal di perkarangan stadium dengan harga bermula RM20.00 sahaja.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Selangor vs Sri Pahang

Tetapi sekiranya anda tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, jangan risau dimana perlawanan ini juga akan ditayangkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan juga secara online di Astro Go khusus untuk pengguna Astro.

Bagi yang tidak ada Astro, perlawanan ini anda masih boleh tonton secara striming menerusi platform web dan aplikasi Sooka dengan yuran langganan bermula RM4.90 untuk pas 1-perlawanan atau RM28.90 sebulan untuk Pas Liga Malaysia.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain untuk kesebelasan utama bagi pasukan Selangor dan Sri Pahang untuk perlawanan ini

Jadual Dan Keputusan Selangor vs Sri Pahang Di Liga Super 2023

Ini merupakan jadual perlawanan melibatkan Selangor bertemu Sri Pahang. Manakala untuk keputusan match ini pula hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada petang tersebut.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan Liga Super 2023 antara Selangor FC vs Sri Pahang FC pada 5 Mac ini, hari Ahad dengan waktu sepak mula pada jam 5.30 petang berlangsung di Stadium MBPJ.

5 Mac 2023 (Ahad)

FT : Selangor (1) - (1) Sri Pahang

Stefano Brundo 74'
Brendan Gan 88'

Waktu : 5.30 Petang
Tempat : Stadium MBPJ
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post