Siaran Langsung Perlawanan Sri Pahang vs Kedah Di Liga Super 2023

Siaran Langsung Perlawanan Sri Pahang vs Kedah Di Liga Super 2023

Untuk hari kedua minggu keenam Liga Super 2023 akan diteruskan lagi dengan 3 lagi perlawanan dan salah satunya adalah pertemuan antara Sri Pahang FC dan Kedah Darul Aman FC yang akan berlangsung pada 1 April 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Ini merupakan perlawanan pertama untuk bulan April yang mana pada bulan puasa ini juga antara bulan yang pack untuk setiap pasukan. Selain daripada liga super, akan juga berlangsung perlawanan Piala FA pusingan 16 pada bulan ini.

Sri Pahang

Selain JDT dan Sabah, Sri Pahang juga antara pasukan yang masih belum tewas setakat 5 perlawanan awal. Dengan 9 mata yang diperoleh, skuad Tok Gajah telah menang dua kali dan meraih keputusan seri sebanyak tiga kali.

Bukan itu sahaja, Sri Pahang juga antara top 5 yang bolos paling sedikit iaitu hanya 4 gol sahaja. Jadi benteng Sri Pahang yang diketuai Fadhli Shas sepertinya kebal bagi mengekang asakan lawan yang datang dari pelbagai sudut.

Kedah Darul Aman

Kedah pula sedikit berbeza apabila menjadi salah satu pasukan yang masih belum seri sepanjangn kejohanan bersama-sama JDT dan Kuching City. Tetapi hanya pernah tewas sekali sahaja iaitu ketika berdepan PDRM dengan jaringan tipis 0-1 sahaja.

Dengan rekod ini, Kedah kini berada di tangga ke-3 dengan 12 mata 2 berbanding Sri Pahang di tempat ke-5 daripada 14 pasukan kesemuanya. Sepertinya jurang kedua-dua pasukan tidak terlalu jauh dan sebarang kemungkinan boleh berlaku.

Sri Pahang pastinya tidak akan membiarkan rekod kemenangan Kedah berlaku di Darul Makmur. Anak-anak buah Fandi Ahmad akan mengambil kesempatan bermaind di halaman sendiri untuk mengutip 3 mata penting bagi menewaskan skuad kendalian Nafuzi Zain ini.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain untuk kesebelasan utama untuk pasukan Sri Pahang dan Kedah Dalam perlawanan ini.

Pemain Sri Pahang vs Kedah

Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online

Jadi orang-orang Kuantan sertai pemain bola sepak yang berdekatan, jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium bagi memberikan sorakan semangat kepada pemain-pemain yang beraksi di atas padang untuk memberikan permain yang cantik dan bermutu tinggi.

Jadi jangan lupa dapatkan tiket masuk dengan harga RM13.60 untuk tempat duduk terbuka dan RM26.78 untuk pentas utama menerusi laman web www.tickethotline.com.my. Untuk yang nak beli tiket fizikal, anda boleh datang ke perkarangan stadium dan dapatkan tiket dengan harga bermula RM14.00 untuk dewasa dan RM27.00 untuk pentas utama.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Sri Pahang vs Kedah

Untuk siaran langsung, perlawanan ini akan dibawakan menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Jika tidak sempat tonton di tv, anda boleh strim menerusi platform dan aplikasi RTM Klik secara percuma yang boleh dimuat turun di play store atau app store.

Selain itu, jika anda sudah mempunyai aplikasi Sooka, anda juga boleh strim menerusi platform tersebut juga secara percuma. Anda tidak perlu langgan apa-apa pas perlawanan untuk live streaming perlawanan tersebut.

Jadual Dan Keputusan Sri Pahang vs Kedah Di Liga Super 2023

Untuk info, berikut merupakan jadual perlawanan yang melibatkan kedua-dua pasukan iaitu antara Sri Pahang dan Kedah untuk minggu ini. Manakala untuk keputusan hanya akan dikemaskini sejurus selepas habis dan tamat perlawanan 90 minit pada malam tersebut.

Jadi untuk semua peminat bola sepak tempatan khususnya untuk kedua-dua pasukan, jangan lupa saksikan aksi Liga Super 2023 antara Sri Pahang FC vs Kedah Darul Aman FC pada 31 Mac ini, hari Jumaat dengan waktu sepak mula pada jam 10.00 malam yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

1 April 2023 (Sabtu)

FT : Sri Pahang (1) - (1) Kedah

Stefano Brundo 62' (P)
Jonathan Balotelli 90+2'

Waktu : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Darul Makmur
Tayangan : TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik dan Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post