Siaran Langsung Sri Pahang Vs Kelantan Di Liga Super 2023

Siaran Langsung Sri Pahang Vs Kelantan Di Liga Super 2023

Untuk perlawanan kedua, Sri Pahang FC akan bertemu Kelantan FC dalam aksi Liga Super 2023 yang mana perlawanan ini akan berlangsung pada 2 Mac 2023, hari Khamis pukul 9.00 malam bertempat di Stadium Darul Makmur.

Sri Pahang pastinya tidak mahu kecewa lagi seperti pada pelawanan pembukaan sebelum ini kerana hanya mampu meraih 1 mata sahaja. Begitu juga dengan Kelantan FC yang tidak mahu lagi menerima kekalahan berganda apabila tewas pada perlawanan pertama sebelum ini.

Selain itu, ini pastinya antara pertemuan menarik apabila dua pasukan pantai timur (derby east coast) akan bertemu yang mana akan memberikan aura 'This Is Pantai Timur' yang pernah bergegar pada suatu masa dahulu.

Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online

Untuk mereka yang berdekatan khususnya untuk penyokong pasukan Sri Pahang, jangan lupa untuk datang ke stadium dan berikan sokongan padu kepada pasukan anda. Orang Kelantan pun nak datang, tak jauh pun.

Tiket masuk kini anda boleh dapatkan secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga bermula RM13.60 untuk tiket terbuka dan RM26.78 untuk pentas utama. Tiket fizikal juga dijual dengan harga bermula RM14.00.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Sri Pahang Bertemu Kelantan

Tapi jangan risau untuk anda yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium kerana match ini juga akan dibawakan juga secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola (CH803) atau boleh tonton secara online di Astro Go percuma untuk pengguna Astro.

Kalau anda tidak melanggan Astro, takpa! kerana anda juga masih boleh saksikan perlawanan ini menerusi Sooka dan aplikasi mobile dengan harga langganan serendah RM4.90 sahaja untuk pass single-match.

Jadual Dan Keputusan Sri Pahang Vs Kelantan Di Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual perlawanan melibatkan Sri Pahang bertemu Kelantan. Manakala untuk keputusan bagi perlawanan ini akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan 90 minit.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi Liga Super 2023 antara Sri Pahang FC dan Kelantan FC pada 2 Mac ini, hari Khamis dengan sepak mula pada jam 9.00 malam berlangsung di Stadium Darul Makmur

2 Mac 2023 (Khamis)

FT : Sri Pahang (4) - (1) Kelantan

Kpah Sherman 12'
Kevin Ingreso 38'
Sergio Aguero 43'
Stefano Brundo 45+1'
Miguel Cifuentes 90+5'

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Darul Makmur
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go, Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post