Aksi Liga Super 2023 di bulan Ramadan kini bermula apabila bakal bermula di minggu keenam dan kali ini melibatkan pasukan Terengganu FC dan Kelantan United FC yang akan berlangsung pada 31 Mac 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Ini sepertinya akan berlangsung Pantai Timur Derby yang mana masing-masing mempunyai misi yang sama untuk menang dan meraih 3 mata demi memperbiki kedudukan liga terutamanya bagi pasukan Kelantan United yang kini berada di tangga tercorot.
Terengganu FC
Jika dilihat dalam lima perlawanan awal, Terengganu sepertinya sangat 'struggle' untuk memberikan saingan seperti yang diberikan pada musim lalu sehingga berjaya menamatkan saingan sebagai naib juara Liga Super 2023.
Tapi untuk permulaan ini, sangat berbeza kerana mereka kini hanya meraih 3 mata dengan satu kemenangan sahaja iaitu ketika berdepan dengan PDRM FC. Manakala untuk empat perlawanan lain tercatat 3 kekalahan dan 1 seri.
Kelantan United FC
Kelantan United selepas dinaikkan ke Liga Super, sepertinya susah untuk menyesuaikan diri. Selain daripada Penang dan KL City, Kelantan United juga menjadi pasukan yang masih belum mencatatkan keputusan kemenangan dalam lima perlawanan.
Bukan itu sahaja, dalam semua perlawanan awal tersebut, pasukan ini hanya memperoleh 1 mata sahaja menerusi keputusan seri iaitu ketika berdepan dengan Perak FC. Jadi dengan 1 mata tersebut, kini Kelantan United berada di tangga tercorot di tempat ke-14.
Pastinya kesempatan ini akan digunakan sebaiknya oleh Terengganu untuk terus kekal memberi saingan dalam aksi Liga Super kali ini apabila bermain di halaman sendiri dan mengambil kesempatan terhadap prestasi semasa lawan.
Kelantan United juga pastinya akan mengatur strategi terbaik sekurang-kurangnya dapat mencuri 1 mata apabila bertandang di tempat lawan meskipun tahu sukar apabila berdepan dengan sokongan yang hebat daripada penyokong Terengganu.
Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan
Berikut merupakan senarai pemain untuk kesebelasan utama untuk pasukan Terengganu dan Kelantan United dalam perlawanan ini
Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online
Jangan biarkan pasukan anda berjuang sendirian. Jadi penyokong semua kena berikan sokongan. Datang stadium dan berikan sorakan terbaik bagi memberikan semangat untuk pemain beraksi baik di atas padang.
Jadi jangan lupa dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my dengan harga RM20.00 untuk tiket terbuka bagi setiap zon dan RM10.00 untuk tiket kanak-kanak antara 2 hingga 12 tahun.
Siaran Langsung Liga Super 2023 Terengganu vs Kelantan United
Bagi yang tidak berkelapangan untuk datang yang mana mungkin fokus untuk solat tarawih. Jangan risau, perlawanan ini juga akan disiarkan di tv menerusi saluran Astro Arena Bola 3 807 atau boleh tonton secara online di Astro Go khusus untuk pengguna Astro sahaja.
Selain itu, anda juga strim secara online menerusi platform web dan aplikasi Sooka. Anda boleh langgan dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1-perlawanan atau secara bulanan dengan harga RM28.90 untuk semua perlawanan liga super.
Jadual Dan Keputusan Terengganu vs Kelantan United Di Liga Super 2023
Ini Merupakan jadual perlawanan bola sepak melibatkan Terengganu bertemu Kelantan United. Manakala untuk keputusan perlawanan ini pula hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat tempoh perlawanan 90 minit.
Jadi untuk semua peminat bola tempatan, jangan terlepas untuk saksikan aksi Liga Super 2023 antara Terengganu FC vs Kelantan United FC pada 31 Mac ini, hari Jumaat dengan waktu sepak mula pada jam 10.00 malam yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
31 Mac 2023 (Jumaat)
FT : Terengganu (2) - (1) Kelantan United
Liridon Krasniqi 6'
Jordan Mintah 28'
Oj Porteria 76'
Waktu : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Arena Bola 3 807
Live Streaming : Astro Go dan Sooka