Siaran Langsung Perlawanan Terengganu vs KL City Di Liga Super 2023

Siaran Langsung Perlawanan Terengganu vs KL City Di Liga Super 2023

Perlawanan Liga Super 2023 diteruskan lagi untuk minggu ketiga hari kedua pada malam pula dimana mempertemukan Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC yang akan berlangsung pada 5 Mac 2023, hari Ahad jam 9.00 malam bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Setakat minggu kedua Liga Super musim terbaru ini, tuan rumah, Terengganu masih mengekalkan rekod bersih tanpa kemenangan dan tanpa sebarang mata yang kini mereka berada di tangga kedua tercorot liga dihadapan Kelantan FC.

Manakala KL City juga mencatatkan tanpa sebarang kemenangan setakat ini dimana hanya mampu seri sekali dan kalah sekali. Kini mereka berada di tangga ke-11 dibelakang Perak FC dengan kekurangan satu perlawanan.

Yang paling menarik untuk perlawanan ketiga, ini kali pertama Terengganu akan bermain di halaman sendiri, manakala ini juga kali pertama KL City akan bermain di gelanggang lawan. Pastinya kedua-dua pasukan mempunyai perasaan yang berbeza.

Kedua-duanya ingin memburu 3 mata pertama bagi pasukan masing-masing. Adakah Terengganu akan beraksi lebih baik apabila bermain di hadapan penyokong sendiri selepas ini? Atau adakah KL City juga sebenarnya akan bermain baik apabila berkunjung ke pihak lawan?

Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online

Pasti penyokong-penyokong skuad Penyu tidak sabar-sabar untuk kembali ke stadium keramat mereka malam ini bagi menyaksikan sendiri di depan mata aksi bola sepak sebenar yang akan ditunjukkan ketika bermain di atas padang sendiri.

Sebelum datang, jangan lupa dapatkan tiket masuk stadium secara online menerusi laman web di www.tickethotline.com.my dengan harga RM20.00 untuk tiket terbuka untuk semua zone. Selain itu, anda juga boleh dapatkan tiket fizikal di perkarangan stadium dengan harga yang sama.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Terengganu vs KL City

Tetapi sekiranya anda tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, usah risau kerana perlawanan epik ini juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan juga boleh tonton secara online di Astro Go khusus untuk pengguna Astro sahaja.

Bagi yang tidak melanggan Astro, anda masih boleh saksikan perlawanan ini secara live streaming di platform web dan aplikasi Sooka dengan yuran langganan bermula RM4.90 untuk pas 1-perlawanan atau RM28.90 sebulan untuk Pas Liga Malaysia secara bulanan.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain untuk kesebelasan utama untuk pasukan Terengganu dan KL City dalam perlawanan ini

Terengganu vs KL City

Jadual Dan Keputusan Terengganu vs KL City Di Liga Super 2023

Ini merupakan jadual perlawanan melibatkan Terengganu bertemu KL City. Manakala untuk keputusan match ini pula hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan 90 minit pada malam tersebut.

Jadi jangan terlepas untuk saksikan Liga Super 2023 antara Terengganu FC vs Kuala Lumpur City FC pada 5 Mac ini, hari Ahad dengan waktu sepak mula pada jam 9.00 malam berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

5 Mac 2023 (Ahad)

FT : Terengganu (0) - (0) KL City

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post