Jadual Siaran Langsung Liga Super Pada 4 April 2023

Jadual Siaran Langsung Liga Super 2023 Pada 4 April

Kini aksi Liga Super 2023 sudah memasuki minggu ketujuh (LS7) dan untuk hari pertama akan melibatkan 6 pasukan iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Perak, JDT, Terengganu dan Kelantan. Kesemuanya akan bermain pada 4 April 2023, hari Selasa.

Untuk pertemuan antara Selangor vs Negeri Sembilan, perlawanan ini akan berlangsung di Stadium MBPJ dimana Selangor FC yang akan menjadi tuan rumah dan Negeri Sembilan FC sebagai pelawat.

Manakala pertemuan antara Perak vs JDT, mereka akan bermain di Stadium Perak di Ipoh yang mana Perak FC selaku tuan rumah akan melayan kunjungan Johor Darul Ta'zim FC.

Untuk perlawanan ketiga bakal berlaku derby Pantai Timur yang sebenar iaitu antara Terengganu vs Kelantan. Terengganu FC sekali lagi bermain di halaman sendiri dan kali ini akan bertemu Kelantan FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Tiket Masuk Ke Stadium

Jadi untuk penyokong bagi setiap pasukan terutamanya melibatkan tuan rumah, jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk ke stadium dan terus berikan sokongan kepada pasukan kegemaran anda.

Anda boleh dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my mengikut harga yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Selain itu, boleh juga dapatkan tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Cara Tonton Siaran Langsung Liga Super 2023

Untuk yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, semua perlawanan Liga Super 2023 akan ditayangkan juga secara langsung menerusi saluran Astro dan RTM sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia 2023.

Anda boleh saksikan di Astro Arena 801, Arena Bola 803, Arena Bola 2 804 dan Arena Bola 3 807 serta tontonan online di Astro Go. Manakala untuk tayangan di RTM, akan disiarkan di TV2, TV Okey dan Sukan RTM juga di RTM Klik untuk tayangan digital.

Selain itu, jika tiada tv, anda masih boleh strim secara online menerusi platfrom web dan aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pek Liga Malaysia dengan harga RM4.90 untuk pas 1 perlawanan (pilih mana perlawanan yang anda suka) atau pas bulanan dengan harga RM28.90 (semua perlawanan bulan tersebut).

Jadual Dan Keputusan Liga Super 2023 Pada 4 April

Berikut merupakan jadual penuh untuk kesemua 3 perlawanan yang bakal berlangsung pada 4 April 2023. Manakala untuk keputusan bagi setiap perlawanan pula, hanya aka dikemaskini selepas habis 90 mini perlawanan.

Jadi jangan lupa untuk saksikan perlawanan-perlawanan ini secara langsung yang akan disiarkan di kaca tv dan terus bagikan sokongan padu kepada pasukan kegemaran anda sepanjang musim 2023

4 April 2023 (Selasa)

FT : Terengganu (5) - (0) Kelantan

  • Jordan Mintah 16'
  • Adisak Kraisorn 21'
  • Ivan Mamut 67' (P), 90+1'
  • Hakimi Abdullah 90+3'

Waktu : 10.00 Malam
Venue : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

FT : Selangor (2) - (1) Negeri Sembilan

  • Herold Goulon 45+2' (P)
  • Faisal Halim 56'
  • Shahrul Nazeem 90+2'

Waktu : 10.00 malam
Venue : Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Tayangan : TV2 dan Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik dan Sooka

FT : Perak (0) - (5) JDT

  • Hasnul Zaim 5' (OG)
  • Leandro Velazquez 25' (P), 90+1'
  • Diogo 45'
  • Bergson da Silva 66'

Waktu : 10.00 Malam
Venue : Stadium Perak, Ipoh
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post