Siaran Langsung Perlawanan JDT vs Kedah Liga Super 2023

Siaran Langsung Perlawanan JDT vs Kedah Liga Super 2023

Minggu kelapan Liga Super 2023 kini diteruskan hanya selepas beberapa hari perlawanan sebelum ini berlangsung. Antara perlawanan yang berlangsung adalah mempertemukan antara Johor Darul Ta'zim FC dan Kedah Darul Aman FC yang akan berlangsung pada 9 April 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri.

Ini pastinya menjadi antara perlawanan tumpuan minggu ini dan pastinya ramai yang tidak sabar untuk menantikan pertemuan untuk kedua-dua pasukan ini. Kedua-dua kini berada di puncak liga. JDT di tempat pertama dan di tempat kedua kini dipegang oleh Kedah.

JDT

Tidak boleh disangkal lagi, JDT kini terlalu mendominasi liga apabila satu-satunya pasukan yang masih belum kehilangan mata walaupun satu. Ini bermakna, mereka masih belum tewas hatta meraih keputusan seri sekali pun untuk tujuh perlawanan awal.

Bukan sahaja sukar untuk ditewaskan, malahan sukar juga untuk ditembusi. Sejak liga bermula, mereka hanya melipaskan 1 sahaja gol, itupun menerusi sepakan penalti. Tidak cukup dengan itu, JDT juga satu-satunya pasukan yang telah menjaringkan lebih daripada 30 gol. Fuh~~

Kedah

Kedah tidak la se cemerlang JDT dilihat untuk perlawanan awal ini. Tetapi mereka tetap terus mengekori rapat JDT dari bawah. Mereka cuba berikan yang terbaik bagi setiap perlawanan. Sebelum ini pun, mereka berjaya menang dengan hanya bermain 10 orang sahaja iaitu ketika berhadapan dengan Penang FC.

Setakat ini, Kedah sudah kalah dan seri sekali. Dengan 16 mata bersama Selangor, cuba memberi tekanan kepada pendahulu liga. Setidak-tidakanya tidak tinggal terlalu jauh dan jika bernasib baik cuba untuk merangkul kejuaraan liga.

Jika dilihat daripada keputusan-keputusan sebelum, JDT pasti mengalahkan lawan sekurang-kurangnya dengan 2 gol dan paling besar adalah ketika menumbangkan Negeri Sembilan dengan 7 gol. Adakah Kedah mampu resap tekanan yang bakal diberikan JDT. Lagi pula bermain di stadium keramat mereka nanti.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain untuk kesebelasan utama untuk pasukan JDT dan Kedah dalam perlawanan ini.

Pemain Kesebelasan utama JDT vs Kedah

Pembelian Tiket Masuk Secara Online

Jadi orang-orang Johor terutamanya, jangan lupa sekali lagi untuk turun ke stadium bagi penuhkan pelusuk tempat demi memberikan sokongan dan saksikan aksi terhebat pasukan kegemaran anda di atas padang dengan barisan pemain yang terhebat.

Boleh mula dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my. Lepas selesai solat tarawih semua, boleh terus datang beramai-ramai ke stadium.

Siaran Langsung Liga Super 2023 JDT vs Kedah

Tapi jangan risau untuk mereka yang tidak berkesempatan ke stadium, keranan perlawanan ini turut akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go khusus untuk pengguna Astro.

Sebagai alternatif kepada astro, anda boleh live streaming perlawanan ini menerusi platfom web atau menggunakan aplikasi Sooka. Anda boleh langgan dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 secara bulanan untuk pas Liga Malaysia.

Jadual Dan Keputusan JDT vs Kedah Di Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan JDT dan Kedah. Untuk keputusan perlawanan pula hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan dalam tempoh 90-minit.

Jadi untuk semua peminat bola sepak tempatan khususnya untuk kedua-dua pasukan, jangan terlepas aksi Liga Super 2023 antara Johor Darul Ta'zim FC vs Kedah Darul Aman FC pada 9 April ini, hari Ahad pada pukul 10.00 malam yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri.

9 April 2023 (Ahad)

FT : JDT (6) - (0) Kedah

Fernando Forestieri 23'
Feroz Baharudin 48'
Bergson da Silva 53' (P)
Arif Aiman 77'
Leandro Velazquez 86'

Waktu : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ismail
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post