Siaran Langsung JDT vs Kelantan United Liga Super 2023 Ditunda

Siaran Langsung JDT vs Kelantan United Liga Super 2023 Ditunda

Untuk aksi Liga Super 2023 minggu kesepuluh hanya akan berlangsung enam perlawanan sahaja berbanding tujuh seperti sebelum ini apabila pertemuan antara Johor Darul Ta'zim FC dan Kelantan United FC yang dijadualkan berlangsung pada 26 April 2023, hari Rabu terpaksa ditunda.

Pengumuman perubahan jadual ini telah dibuat oleh pihak Malaysian Football League (MFL) pada pertengah April yang lalu bersama-sama dengan pertembungan antara Terengganu FC dan Sri Pahang FC.

Untuk perlawanan Terengganu menentang Sri Pahang di Stadium Sultan Sultan Mizan Zainal Abdin sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 26 April 2023 dan telah dipinda kepada 28 April 2023 jam 9.00 malam.

Perubahan jadual ini dilakukan berikutan permohonan dan persetujuan kelab-kelab terbabit kepada MFL iaitu berkaitan panggilan skuad bawah 23 tahun ke Sukan SEA Kemboja serta keperluang produksi dan penyiaran.

Jadual Baru JDT vs Kelantan United Liga Super 2023

Perlawanan yang bakal di adakan di Stadium Sultan Ibrahim yang sepatutnya bermain dengan jadual asal pada 26 April 2023 ini ditukar kepada 13 Mei 2023, hari Sabtu jam 8.15 malam.

Ianya berlangsung beberapa hari sebelum perlawanan minggu kesebelas bermula. Manakala enam lagi perlawanan tetap akan berlangsung pada 27 dan 28 April ini.

13 Mei 2023 (Sabtu)

JDT vs Kelantan United

Masa : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post