Siaran Langsung Live JDT vs PDRM Di Piala FA 2023

Siaran Langsung Live JDT vs PDRM Di Piala FA 2023

Salah satu perlawanan yang berlangsung untuk pusingan 16 Piala FA 2023 kali ini adalah pertemuan antara Johor Darul Ta'zim FC dan PDRM FC yang mana bakal berlangsung pada 14 April 2023, hari Jumaat pada jam 10.00 malam bertempat di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri Johor.

Sekarang jika melibatkan pasukan JDT, pastinya ramai yang akan tertumpu kepada pasukan manakah yang mereka akan bertemu. Kemudian timbul persoalan, mampukah pasukan tersebut untuk menyekat kemaraan JDT atau mampukah pasukan tersebut berjaya menjaringkan gol walaupun satu.

Penonton juga sudah ketahui bagaimana JDT mendominasi liga untuk pusingan awal ini. Tiada lagi pasukan yang berjaya mencuri mata walaupun satu. Bukan itu sahaja, gawang mereka juga hanya berjaya bolos hanya sekali sahaja dan itupun menerusi sepakan penalti.

Selaku penyandang juara Piala FA 2022, pastinya semangat mereka pemain-pemain JDT lebih membara untuk mengekalkan kejuaraan tersebut dan membiarkan terus trofi kemenangan berada di Johor tanpa pergi ke pasukan lain.

PDRM tidak boleh tidak, perlu menganlisa bagaimana corak serangan JDT yang ditunjukkan dalam setiap perlawana liga sebelum ini. Akan adakah strategi yang sesuai untuk digunakan bagi mengelakkan JDT untuk terus berkampung di setiap pelusuk padang.

Jika tidak mampu untuk tewaskan JDT sekali pun, sekurang-kurangnya cuba mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti yang pastinya ada peluang untuk menang untuk kedua-dua pasukan. Atau jika tidak berjaya pun, sekurang-kurangnya cuba untuk menjaringkan gol walaupun sebutir.

Rekod Kejuaraan JDT dan PDRM Di Piala FA

Untuk rekod, Johor Darul Ta'zim merupakan penyandang juara untuk tahun 2023 dan ianya merupakan gelaran kedua untuk mereka dan sebelum ini dimenanginya pada tahun 2016. Walaupun begitu, dengan nama Johor, menang pertama kali pada tahun 1998.

Manakala PDRM belum pernah kecapi kejuaraan sejak ianya diadakan pada tahun 1990. Adakah kali ini mereka akan pulang awal? Nantikan...

Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online

JDT telah diundi menjadi tuan rumah untuk perlawanan ini. Jadi untuk orang-orang Johor jangan lupa untuk datang ke stadium bagi menyaksikan pertembungan ini dengan dapatkan tiket masuk boleh dibeli secara online di https://www.tickethotline.com.my/

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain untuk kesebelasan utama bagi kedua-dua pasukan iaitu JDT dan PDRM dalam perlawanan ini.

Kesebelasan utama JDT vs PDRM Pusingan 16 Piala FA 2023

Siaran Langsung Piala FA 2023 JDT vs PDRM

Untuk yang tertunggu-tunggu perlawanan ini, jangan risau, ianya juga turut dibawakan secara langsung untuk tontonan di rumah iaitu menerusi Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go khusus untuk pengguna Astro.

Selain itu, boleh juga live striming iaitu menerusi platform web atau aplikasi Sooka sama seperti Liga Super. Boleh langgan pek Liga Malaysia iaitu dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan. Boleh tengok semua game pada bulan tersebut.

Jadual Dan Keputusan JDT vs PDRM Di Piala FA 2023

Berikut merupakan jadual perlawanan bola sepak melibatkan pasukan JDT dan PDRM. Tiada timbal balik untuk pusingan 16 kali ini. Jadi masa tambahan dan sepakan penalti akan berlangsung sekiranya tiada pemenang dalam tempoh 90 minit perlawanan sebenar.

Jadi untuk semua peminat bola sepak tempatan, jangan lupa saksikan aksi Piala FA 2023 antara Johor Darul Ta'zim FC vs PDRM FC pada 14 April ini, hari Jumaat pada pukul 10.00 malam yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

14 April 2023 (Jumaat)

FT : JDT (3) - (0) PDRM

Bergson da Silva 3', 12' (P)
Leandro Velazquez 27' (P)

Waktu : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ismail
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post