Siaran Langsung Kedah vs KL City Liga Super 2023

Siaran Langsung Kedah vs KL City Liga Super 2023

Aksi Liga Super 2023 diteruskan lagi untuk minggu kesembilan dan salah satu perlawanan yang berlangsung untuk hari pertama adalah pertemuan antara Kedah Darul Aman FC dan Kuala Lumpur City FC yang diadakan pada 18 April 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Darul Aman.

KL City perlu tempuhi saingai Piala FA pada hujung minggu yang lalu. Manakal Kedah tidak, jadi ini sedikit sebanyak akan memberikan kelebihan kepada pasukan tuan rumah dari segi rehat dan kecerdasan bagi barisan pemain.

Kedah

Kedah terpaksa melupakan saingan Piala FA lebih awal apabila tumpas di pusingan pertama lagi. Bukan itu sahaja, dalam aksi liga pun, kali terakhir mereka juga tewas serta dibelasah oleh pasukan tuan rumah, JDT ketika itu dengan jaringan 6 gol tanpa balas.

Jadi selepas rehat yang cukup, pastinya anak-anak Nafuzi Zain telah lupakan mimpi ngeri tersebut dan fokus untuk perlawanan seterusnya supaya tidak lagi mengalami kekalahan yang mengaibkan sedemikian rupa ketika bertemu KL City kelak.

KL City

Dengan kemenangan keatas Imigresen di saingan Piala FA baru-baru ini, KL City telah meraih tiga kemenangan berturut-turut dalam semua kejohanan. Momentum ini pastinya akan dibawa ke saingan seterusnya bertemu Kedah nanti.

Walau bagaimanapun, Kedah tampaknya memiliki kelebihan iaitu selaku tuan rumah. Mereka akan bermain dihadapan penyokong sendiri. Ini sedikit sebanyak dapat memberikan semangat kepada barisan pemain yang beraksi di atas padang.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan Kedah dan KL City dalam perlawanan ini.

Kesebelasan utama Kedah vs KL City

Pembelian Tiket Masuk Secara Online

Ini merupakan perlawanan terakhir yang berlangsung dalam bulan Ramadan, jadi orang ramai jangan lupa datang dan penuhkan stadium serta rasai kehangatan yang berlaku dalam bulan ini apabila bermain lebih lewat sedikit daripada waktu biasa.

Jadi datang dan dapatkan tiket masuk sekarang. Anda sudah boleh mula dapatkan tiket yang boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my serta boleh juga dapatkan tiket fizikal yang mula dijual pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Kedah vs KL City

Untuk penonton di rumah yang ingin saksikan perlawanan ini secara langsung, anda boleh saksikan di saluran RTM di TV2 dan Sukan RTM. Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online di web rtmklik.rtm.gov.my atau aplikasi RTM Klik.

Sebagai alternatif yang sudah menggunakan platform Sooka, anda juga boleh menggunakan website https://sooka.my/ tersebut atau aplikasi mudah alih. Tidak perlu kepada langganan dan anda boleh strim secara percuma.

Jadual Dan Keputusan Kedah vs KL City Di Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Kedah dan KL City. Untuk keputusan perlawanan hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawaann 90 minit pada malam tersebut.

Jadi untuk semua peminat bola sepak tempatan khususnya untuk kedua-dua pasukan, jangan lupa saksikan aksi Liga Super 2023 antara Kedah Darul Aman FC vs Kuala Lumpur City FC pada 18 April ini, hari Selasa pada pukul 10.00 malam yang berlangsung di Stadium Darul Aman.

18 April 2023 (Selasa)

FT : Kedah (2) - (3) KL City

Paulo Josue 11'
Jonathan Balotelli 25'
Bojan Cigar 30'
Romel Morales 48'
Caion 75'

Waktu : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Darul Aman
Tayangan : TV2 dan Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik dan Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post