Selepas berehat sempena perayaan Aidiliftir, aksi Liga Super 2023 kini diteruskan semula untuk minggu kesepuluh dan antara perlawanan yang terlibat adalam pertemuan antara Kuala Lumpur City FC dan PDRM FC yang akan diadakan pada 27 April 2023, hari Khamis bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras.
KL City yang kini telah mengumpul 12 mata dalam lapan perlawanan berada di kedudukan ketujuh dimana bakal melayan kunjungan PDRM yang kini berada di tangga kesepuluh dengan 10 mata daripada sembilan perlawanan.
KL City
KL City telah mengharungi perlawanan dengan baik untuk tiga perlawanan terakhir mereka apabila berjaya peroleh kemenangan tiga kali berturut-turut sebelum ini. Jika ditambah dengan saingan Piala FA, ianya kemenangan keempat. Cukup baik momentum yang diberikan.
PDRM
Manakala PDRM menerima nasib yang sebaliknya apabila telah tewas tiga kali berturut-turut dalam tiga perlawanan terakhir mereka sebelum ini. Tetapi jika ditambah dengan kekalah di Piala FA, ianya menjadikan empat kesemuanya.
Jika dilihat daripada prestasi semasa, pastinya ianya berkelebihan kepada pasukan tuan rumah. Dengan semangat yang dibawa daripada kemenangan berturut-turut sebelum ini dan juga sokongan daripada penyokong, pastinya KL City akan peroleh kemenangan mudah.
Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan
Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan KL City dan PDRM dalam perlawanan ini.
Pembelian Tiket Masuk Secara Online
Untuk penyokong yang berada di Lembah Klang, jangan lupa untuk datang ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan anda dengan mendapatkan tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my atau boleh dapatkan tiket fizikal di perkarangan stadium pada hari perlawanan.
Siaran Langsung Liga Super 2023 KL City vs PDRM
Bagi yang berada di rumah, jangan risau. Anda boleh saksikan perlawanan KL City vs PDRM secara langsung yang akan dibawakan menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.
Bagi yang tiada Astro, anda boleh live streaming menerusi platform web atau aplikasi Sooka dengan melanggan pas perlawanan serendah RM4.90 untuk satu perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.
Jadual Dan Keputusan KL City vs PDRM Di Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual perlawanan bola sepak melibatkan pasukan KL City dan PDRM. Untuk keputusan perlawanan akan dikemaskini sejurus selepas habis perlawanan 90 minit pada malam tersebut.
Jadi untuk semua peminat boleh sepak tempatan terutamanya untuk kedua-dua pasukan, jangan lupa saksikan aksi Liga Super 2023 antara KL City vs PDRM FC pada 27 April ini, hari Khamis pada pukul 8.15 malam yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.
27 April 2023 (Khamis)
FT : KL City (3) - (0) PDRM
Romel Morales 14'
Paulo Josue 22'
Tchetche Kipre 87'
Waktu : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go dan Sooka