Aksi Liga Super 2023 diteruskan lagi untuk minggu ketujuk (LS7) untuk hari kedua dan kali ini melibatkan lapan pasukan iaitu Kedah, Penang, PDRM, Sri Pahang, Kuching City, Kelantan United, KL City dan Sabah. Kesemuanya akan bermain pada 5 April 2023, hari Rabu.
Untuk pertemuan Kedah Darul Aman FC vs Penang FC, perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar dan sekali lagi akan menerima kunjungan Penang untuk kali kedua bagi saingan Liga Malaysia. Pertama kali bertemu dalam aksi awal Piala FA 2023 yang berpihak kepada Penang.
Pertemuan PDRM FC vs Sri Pahang FC pula akan bermain di stadium yang sama seperti Selangor pada semalam iaitu di Stadium MBPJ. Disini PDRM akan menjadi pasukan tuan rumah dan Sri Pahang sebaliknya iaitu sebagai pasukan pelawat.
Manakala untuk perlawanan Kuching City FC vs Kelantan United FC akan berlangsung di Sarawak iaitu di Stadiun Negeri di Kuching. Pertembungan yang pasti menarik untuk disaksikan pasukan mana yang akan keluar daripada bottom of the league.
Untuk perlawanan keempat adalah pertembungan KL City dan Sabah dan ini kali kedua berturut-turut The City Boys akan menjadi tuan rumah yang mana ianya akan berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.
Tiket Masuk Ke Stadium
Jadi untuk penyokong bagi setiap pasukan terutamanya untuk pasukan tuan rumah, jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk ke stadium sama ada beli secara online atau boleh dapatkan tiket fizikal yang dijual diperkarangan stadium pada hari perlawanan.
Untuk belian secara online, boleh berbuat demikian menerusi laman web di www.tickethotline.com.my dengan mengikut harga yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Dapatkan sekarang sebelum habis dijual.
Cara Tonton Siaran Langsung Liga Super 2023
Untuk yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, semua perlawanan Liga Super 2023 akan ditayangkan juga secara langsung menerusi saluran Astro dan RTM sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia 2023.
Anda boleh saksikan di Astro Arena 801, Arena Bola 803, Arena Bola 2 804 dan Arena Bola 3 807 serta tontonan online di Astro Go. Manakala untuk tayangan di RTM, akan disiarkan di TV2, TV Okey dan Sukan RTM juga di RTM Klik untuk tayangan digital.
Selain itu, jika tiada tv, anda masih boleh strim secara online menerusi platfrom web dan aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pek Liga Malaysia dengan harga RM4.90 untuk pas 1 perlawanan (pilih mana perlawanan yang anda suka) atau pas bulanan dengan harga RM28.90 (semua perlawanan bulan tersebut).
Jadual Dan Keputusan Liga Super 2023 Pada 5 April
Berikut merupakan jadual penuh untuk kesemua 4 perlawanan yang bakal berlangsung pada 5 April 2023, Rabu. Manakala untuk keputusan bagi setiap perlawanan pula, hanya akan dikemaskini sejurus selepas habis 90 minit perlawanan.
Jadi jangan lupa untuk saksikan perlawanan-perlawanan ini secara langsung yang akan disiarkan di kaca tv dan terus berikan sokongan dan sorakan kepada pasukan kegemaran anda jika di stadium untuk sepanjang musim 2023
5 April 2023 (Rabu)
FT : Kuching City (1) - (1) Kelantan United
- Sirojiddin Kuzeiv 52' (P)
- Asraff Aliffuddin 90+4'
Waktu : 9.15 Malam
Venue : Stadium Negeri, Kuching
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go & Sooka
FT : Kedah (1) - (0) Penang
- Willian Lira 64'
Waktu : 10.00 Malam
Venue : Stadium Darul Aman
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka
FT : PDRM FC (1) - (2) Sri Pahang
- Baqiuddin Shamsudin 18'
- Kpah Sherman 22'
- James Okwuosa 76'
Waktu : 10.00 Malam
Venue Stadium MBPJ
Tayangan : Arena Bola 3 807
Live Streaming : Astro Go & Sooka
FT : KL City (2) - (0) Sabah
- T. Saravanan 15'
- Sean Giannelli 90+4
Waktu : 10.00 Malam
Venue : Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Tayangan : TV2 & Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik & Sooka