Untuk hari kedua Liga Super 2023 bagi minggu kesepuluh akan diteruskan lagi dengan tiga perlawanan dan salah satunya adalah pertemuan antara Negeri Sembilan FC dan Kedah Darul Aman FC yang akan diadakan pada 28 April 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.
Negeri Sembilan yang kini berada di kedudukan kesembilan dengan 10 mata daripada lapan perlawanan bakal berhadapan dengan Kedah yang sudah mengumpul 16 mata kini berada di tangga kelima liga dengan berkelebihan satu perlawanan.
Negeri Sembilan
Jika dilihat aksi Negeri Sembilan dalam tiga perlawanan terakhir ini tidaklah terlalu baik apabila hanya berjaya mengumpul 2 mata sahaja iaitu menerusi dua kali keputusan seri dan kalah sekali. Mungkin juga ada kebangkitan selepas ini?
Kedah
Nampaknya Kedah juga tidak bernasib baik apabila telah tewas dua kali berturut-turut sebelum ini baik bermain di tempat sendiri atau di gelanggan lawan. Mungkin dengan tewas besar kepada JDT sebelum ini, mereka masih belum boleh lup akan kejadian tersebut.
Pasukan manakah agaknya yang mampu bangkit bagi meraih mata maksimum dalam perlawanan ini. Jika dilihat dari segi luaran, pastinya berkelebihan untuk pasuakn tuan rumah. Mereka ada padang yang sudah serasi, disamping sokongan daripada penyokong sendiri yang hadir.
Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan
Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan Negeri Sembilan dan Kedah dalam perlawanan ini.
Pembelian Tiket Masuk Secara Online
Untuk penyokong yang berada di Paroi khususnya, jangan lupa untuk datang ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan anda. Dengan itu, dapatkan tiket masuk sekarang yang boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my.
Siaran Langsung Liga Super 2023 Negeri Sembilan vs Kedah
Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, boleh tengok di rumah yang dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga strim secara online di astrogo.astro.com.my.
Selain itu, penonton juga boleh live streaming jika tidak mempunyai akses kepada Astro iaitu menerusi platform web atau aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langgan dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.
Jadual Dan Keputusan Negeri Sembilan vs Kedah Di Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual perlawanan bola sepak antara Negeri Sembilan dan Kedah. Untuk keputusan perlawanan hanya akan dikemaskini selepas habis atau tamat perlawanan pada malam tersebut.
Jadi untuk semua pemain bola sepak tempatan khususnya untuk kedua-dua pasukan, jangan lupa saksikan aksi Liga Super 2023 antara Negeri Sembilan FC vs Kedah Darul Aman FC pada 28 April ini, hari Jumaat pada pukul 8.15 malam di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi
28 April 2023 (Jumaat)
FT : Negeri Sembilan (1) - (2) Kedah
Willian Lira 30', 72'
Zainal Abidin Jamil 35'
Waktu : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Tuanku Abdul Rahman
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka