Siaran Langsung PDRM vs JDT Liga Super 2023

Siaran Langsung Keputusan PDRM vs JDT Liga Super 2023

Ini merupakan minggu terakhir iaitu minggu kesembilan untuk saingan Liga Super 2023 bermain dalam bulan Ramadan dan antara perlawanan yang bakal berlangsung adalah pertemuan antara PDRM FC dan Johor Darul Ta'zim FC.

Pertemuan kali kedua untuk kedua-dua pasukan dalam tempoh kurang dari seminggu ini bakal diadakan pada 19 April 2023, hari Rabu dan kali ini PDRM pula sebagai tuan rumah dimana mereka akan bermain di Stadium Bandaraya Petaling Jaya.

Kita sudah lihat sebelum ini di SSI dimana JDT berjaya menewaskan PDRM dengan jaringan 3 gol tanpa balas sekali gus berjaya mara ke pusingan Suku Akhir Piala FA 2023. Manakala PDRM terpaksa akur terkeluar daripada saingan.

Dalam perlawanan ini tersebut, walaupun tewas, PDRM sepertinya mampu mengekang asakan bertali arus untuk tempoh 45 minit yang kedua. Setiap pemain khususnya dibahagian benteng berjaya menyerap asakan daripada penyerang prolifik JDT sekali gus menggagalkan tambahan jaringan.

PDRM juga sudah jangkakan keputusan ini dan ketika itu mereka hanya perlu memperkemaskan bahagian pertahanan supaya tidak bolos terlalu banyak seperti pasukan-pasukan lain sebelum ini. Ternyata mereka berjaya bertahan sehingga tamat permainan.

Kini sekali lagi mereka bertemu tetapi di venue yang berlainan dan kali ini PDRM pula menjadi tuan rumah. Adakah mereka akan menggunakan percaturan yang sama supaya tidak bolos terlalu banyak? Atau mereka sudah mempunyai ramuan untuk menewaskan JDT atau sekurang-kurangnya berjaya menjaringkan gol?

Perlawanan ini merupakan yang terakhir bagi aksi Liga Super 2023 sebelum berehat sementara untuk sambutan Aidilfitri dan ianya akan bersambung semula untuk minggu kesepuluh pada 26, 27 dan 28 April kelak.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan PDRM dan JDT dalam perlawanan ini.

Pemain Kesebelasan utama PDRM vs JDT

Pembelian Tiket Masuk Secara Online

Jadi untuk kedua-dua penyokong, jangan lupa untuk datang ke stadium dengan dapatkan tiket masuk yang kini boleh dibeli secara online menerusi www.tickethotline.com.my dengan harga RM18.00 untuk tempat duduk terbuka dan RM28.00 untuk tempat duduk di pentas utama.

Siaran Langsung Liga Super 2023 PDRM vs JDT

Untuk yang berada di rumah, anda boleh saksikan pertemuan antara PDRM dan JDT yang akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga strim secara online dengan menggunakan Astro Go.

Bagi yang tiada astro, boleh live streaming menerusi platform web atau aplikasi Sooka. Anda boleh langgan dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan bagi mendapatkan akses untuk semua perlawanan Liga Malaysia.

Jadual Dan Keputusan PDRM vs JDT Di Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual perlawanan bola sepak melibatkan pasukan PDRM dan JDT. Untuk keputusan perlawanan pula akan dikemaskini hanya selepas tamat perlawanan 90 minit pada malam tersebut.

Jadi untuk semua peminat bola sepak tempatan khususnya untuk kedua-dua pasukan, jangan lupa saksikan aksi Liga Super 2023 antara PDRM FC vs Johor Darul Ta'zim FC pada 19 April ini, hari Rabu pada pukul 10.00 malam yang berlangsung di Stadium Bandaraya Petaling Jaya

19 April 2023 (Rabu)

FT : PDRM (0) - (1) JDT

Fernando Forestieri 61'

Waktu : 10.00 Malam
Tempat : Stadium MBPJ
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post