Siaran Langsung Penang vs Kuching City Liga Super 2023

Siaran Langsung Penang vs Kuching City Liga Super 2023

Aksi Liga Super 2023 kini bersambung semula untuk minggu kesepuluh dan antara perlawanan yang berlangsung adalah pertemuan antara Penang FC dan Kuching City FC yang akan diadakan pada 27 April 2023, hari Khamis bertempat di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Penang kini telah mengumpul 11 mata daripada lapan perlawanan dan kini berada di kedudukan kelapan dimana bakal melayan kunjungan Kuching City yang berada di tangga kedua belas dengan hanya mengumpul 4 mata sahaja daripada jumlah perlawanan yang sama.

Penang

Penang telah beraksi dengan baik dalam dua perlawanan terakhir mereka apabila kedua-duanya mereka berjaya meraih mata maksimum dengan berakhirnya bersama keputusan kemenangan. Ini pastinya akan melonjakkan lagi semangat para pemain dalam perlawanan seterusnya.

Kuching City

Berbeza pula dengan nasib Kuching City apabila dua perlawanan terakhir mereka berakhir dengan keputusan tewas. Mereka masih mencari rentak permainan sejak awal musim lagi yang mana hanya pernah menang sekali sahaja setakat ini.

Adakah Kuching City dapat berbuat sesuatu untuk perlawanan kali ini? Atau adakah Penang akan menggunakan kesempatan terbaik ini bermain di halaman sendiri dengan menjadikan pasukan yang berpengkalan dari Sarawak tersebut mangsa seterusnya?

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan Penang dan Kuching City dalam perlawanan ini.

Kesebelasan utama Penang vs Kuching City

Pembelian Tiket Masuk Secara Online

Untuk penyokong yang berada di Pulau Pinang khususnya, jangan lupa untuk datang ke stadium bagi memberikan sokongan yang kepada pasukan kegemaran anda.

Dapatkan sekarang tiket masuk yang kini sudah boleh dibeli secara online melalui laman web www.tickethotline.com.my atau boleh juga dapatkan tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Penang vs Kuching City

Untuk penonton di rumah, anda boleh saksikan perlawanan Penang vs Kuching City secara langsung yang akan dibawakan menerusi saluran RTM di TV2 dan Sukan RTM. Selain itu juga, boleh tonton secara online di RTM Klik.

Selain itu, anda juga boleh live streaming menerusi platform web atau aplikasi Sooka secara percuma untuk perlawanan ini. Tidak perlu apa-apa langganan dan anda boleh tonton di saluran RTM tersebut.

Jadual Dan Keputusan Penang vs Kuching City Di Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Penang dan Kuching City. Untuk keputusan perlawanan pula akan dikemaskini sejurus selepas habis perlawanan pada malam tersebut.

Jadi untuk semua pemain bola sepak tempatan terutamanya untuk kedua-dua pasukan, jangan lupa saksikan aksi Liga Super 2023 antara Penang FC vs Kuching City FC pada 27 April ini, hari Khamis pada pukul 9.00 malam yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang

27 April 2023 (Khamis)

FT : Penang (2) - (1) Kuching City

Abu Kamara 32'
Khairul Akmal Rokisham 45'
Soony Saad 51'

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Bandaraya, Pulau Pinang
Tayangan : TV2 & Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post