Musim Raya juga diadakan perlawanan Liga Super 2023 yang kini sudah memasuki minggu kesepuluh dan salah satunya adalah melibatkan pasukan Sabah FC dan Selangor FC yang bakal diadakan pada 27 April 2023, hari Khamis bertempat di Stadium Likas di Kota Kinabalu.
Sabah kini berada di tangga keempat dengan 17 mata selepas sembilan perlawanan. Manakala Selangor dengan jumlah perlawanan yang sama, kini berada di tangga kedua dengan 22 mata yang mana membezakan 2 anak tangga.
Sabah
Sabah kembali temui sentuhan jaringan sekali gus meraih kemenangan pada minggu lalu ketika bertemu Kelantan selepas beberapa perlawanan sebelumnya, cukup hambar apabila hanya meraih 1 mata dalam tiga perlawanan.
Selangor
Berbeza dengan Selangor, yang kini sudah meraih kemenangan empat kali berturut-turut pada perlawanan sebelum ini. Sepertinya masing-masing mempunyai momentum yang baik bagi peroleh keputusan yang positif dalam pertembungan kali ini.
Adakah Sabah berjaya kembali semula ke tangga tiga terbaik selepas dikecapinya dalam awal musim sebelum ini? Atau Selangor meneruskan rentak kejayaan dan menjadikan Sabah sebagai mangsa seterusnya seperti yang dialami oleh pasukan lawan sebelum ini?
Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan
Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan Sabah dan Selangor dalam perlawanan ini.
Pembelian Tiket Masuk Secara Online
Untuk orang-orang Sabah, jangan lupa untuk datang ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan anda dengan mendapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau boleh dapatkan tiket fizikal di perkarangan stadium pada hari perlawanan.
Siaran Langsung Liga Super 2023 Sabah vs Selangor
Untuk yang berada di rumah, anda boleh saksikan perlawanan Sabah vs Selangor secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my.
Selain itu, sebagai alternatif, anda boleh juga live streaming menerusi platform web atau aplikasi Sooka dengan melanggan pas perlawanan serendah RM4.90 untuk satu perlawanan atau RM28.90 secara bulanan.
Jadual Dan Keputusan Sabah vs Selangor Di Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Sabah dan Selangor. Untuk keputusan perlawanan akan dikemaskini sejurus selepas habis perlawanan 90 minit pada malam tersebut.
Jadi untuk semua peminat bola sepak tempatan khususnya untuk kedua-dua pasukan, jangan lupa saksikan aksi Liga Super 2023 antara Sabah FC vs Selangor FC pada 27 April ini, hari Khamis pada pukul 7.30 malam yang berlangsung di Stadium Likas.
27 April 2023 (Khamis)
FT : Sabah (2) - (1) Selangor
Saddil Ramdani 24' (P)
Faisal Halim 52'
Baddrol Bakhtiar 66'
Waktu : 7.30 Malam
Tempat : Stadium Likas
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go dan Sooka