Hujung minggu anda sekali lagi akan dihidangkan dengan aksi bola sepak Liga Super 2023 dan kali ini sudah memasuki minggu kelapan yang bakal mempertemukan antara Selangor FC dan Kelantan FC pada 9 April 2023, hari Ahad yang akan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya.
Untuk kali kedua, Selangor akan bermain di tempat sendiri dan kali ini akan menerima kunjungan daripada pasukan dari pantai timur iaitu Kelantan. Pernah satu masa dulu kedua-duanya menjadi antara pasukan yang digeruni dalam kancah liga tempatan dengan siri kejayaan yang dikecapi.
Selangor
Selangor kini berada di prestasi yang terbaik apabila sudah meraih dua kemenangan berturut-turut selepas tewas kepada pendahulu liga pada minggu kelima yang lalu. Mereka tidak toleh kebelakang dan terus pecut serta beraksi dengan baik bagi mencipta kemenangan.
Pada minggu lalu juga, skuad gergasi merah kuning telah meraih kemenangan dramatik disaat-saat akhir apabila berjaya menumpaskan Negeri Sembilan sekali gus mendapat kemenangan yang kelima untuk musim kali ini.
Kelantan
Tetapi berbeza pula dengan nasib Kelantan. Kalau Selangor dah menang dua kali berturut-turut, Kelantan pula sudah tewas untuk dua kali berturut-turut selepas seri dengan pasukan KL City pada sebelumnya. Tapi belum lagi cerita tewas besar dengan JDT pada minggu sebelumnya.
Tidak cukup dengan itu, Kelantan juga menerima nasib yang sama pada minggu lalu dalam derby Pantai Timur apabila dibelasah pasukan Terengganu dengan jaringan 5 gol tanpa balas. Dari pantai timur, now sekarang bergerak ke lembah klang pula.
Adakah Kelantan akan terus menerima nasib yang sama seperti perlawanan sudah? Bermain di Selangor juga bukan perkara mudah. Mereka setakat ini hanya pernah tewas sekali sahaja, itupun ketika bertemu JDT yang mana ramai sudah ketahui akan kekuatan pasukan Harimau Selatan tersebut.
Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan
Berikut merupakan senarai pemain untuk kesebelasan utama untuk pasukan Selangor dan Kelantan dalam perlawanan ini.
Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online
Orang-orang Selangor nampaknya masih boleh lagi boleh nikmati perlawanan di stadium kali ini kerana akan bermain di homeground mereka. Jadi boleh la datang beramai-ramai untuk memeriahkan suasana disamping berikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda.
Anda boleh dapatkan masuk sekarang yang kini sudah mula dijual secara online menerusi pautan www.tickethotline.com.my dengan harga RM20 untuk tempat duduk terbuka, RM25 tempat duduk grandstand dan hanya RM5 untuk tiket kanak-kanak. OKU pula masuk percuma bersama seorang penjaga.
Siaran Langsung Liga Super 2023 Selangor vs Kelantan
Minggu ini, perlawanan melibatkan Selangor dan Kelantan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 2 [CH804] atau selain itu juga boleh tonton secara online di Astro Go khusus untuk pengguna Astro.
Bagi yang tiada astro jangan risau, anda boleh saksikan perlawanan ini secara live streaming menerusi platform web dan aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pek Liga Malaysia sama ada untuk pas 1 perlawanan dengan harga RM4.90 atau pas bulanan dengan harga RM28.90.
Jadual Dan Keputusan Selangor vs Kelantan Di Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan Selangor dan Kelantan. Untuk keputusan perlawanan hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat atau habis tempoh 90 mini perlawanan pada malam tersebut.
Jadi jangan terlepas untuk saksikan aksi Liga Super 2023 antara Selangor FC vs Kelantan FC pada 9 April ini, hari Ahad dengan waktu sepak mula pada jam 10.00 malam yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
9 April 2023 (Ahad)
FT : Selangor (3) - (0) Kelantan
Ayron de Valle 28'
Rauf Salifu 80', 90'
Waktu : 10.00 Malam
Tempat : Stadium MBPJ
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go dan Sooka