Siaran Langsung Selangor vs Sri Pahang Di Piala FA 2023

Siaran Langsung Selangor vs Sri Pahang Di Piala FA 2023

Antara perlawanan tumpuan bagi aksi pusingan 16 Piala FA 2023 dimana mempertemukan antara Selangor FC dan Sri Pahang FC yang mana perlawanan ini bakal berlangsung pada 15 April 2023, hari Sabtu pada pukul 10.00 malam bertempat di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Sebab Selangor berjaya menghabiskan di tempat 6 terbaik pada saingan Liga Super tahun 2022 yang lalu, pasukan tersebut terus berada di pusingan 16 Piala FA 2023. Manakala Sri Pahang terpaksa tempuhi pusingan pertama dahulu sebelum ini ketika berdepan Perak FC dan berjaya meraih kemenangan dengan jaringan 2-1.

Kini di pusingan seterusnya mengikut susur atur undian yang telah dibuat, Sri Pahang akan bertemu Selangor yang juga telah diundi bermain di homeground yang pastinya akan diambil kesempatan ini sebaiknya bagi mengalahkan pihak lawan.

Sebelum pertemuan ini, kedua-dua pasukan telah bertemu sesama sendiri dalam saingan Liga Super pada Mac lalu. Perlawanan sengit diberikan oleh kedua-duanya dan akhirnya berakhir dengan keputusan seri apabila Selangor berjaya menjaringkan gol pada minit-minit akhir.

Ketika itu juga main di home seperti perlawanan kali ini. Tetapi ini melibatkan pertembungan kalah mati. Yang menang, berjaya mara ke Suku Akhir bertemua antara pemenang Negeri Sembilan FC dan PIB Shah Alam FC.

Rekod Kejuaraan Selangor Dan Sri Pahang Di Piala FA

Kedua-dua pasukan ini memiliki rekod kejuraan Piala FA yang cukup baik. Selangor antara pasukan yang memenanginya kejohanan paling banyak iaitu sebanyak 5 kali serta meraih gelaran naik juara sebanyak 3 kali.

Manakala Sri Pahang pula telah menjuarai sebanyak 3 kali dan naib juara sebanyak 2 kali. Terakhir dimenanginya pada tahun 2018 ketika bertemu Selangor.

Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online

Selangor telah diundi menjadi tuan rumah untuk perlawanan ini. Jadi untuk orang-orang Lembah Klang khususnya penyokong Selangor jangan lupa untuk datang ke stadium bagi menyaksikan pertembungan kedua-dua pasukan ini dengan dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi https://www.tickethotline.com.my/

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain untuk kesebelasan utama bagi kedua-dua pasukan iaitu Selangor dan Sri Pahang dalam perlawanan ini.

Kesebelasan utama Selangor vs Sri Pahang Piala FA 2023

Siaran Langsung Piala FA 2023 Selangor vs Sri Pahang

Untuk yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, anda boleh saksikan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go khusus untuk pengguna astro sahaja.

Selain itu, anda juga boleh live streaming menerusi platform web https://sooka.my/ atau aplikasi Sooka sama seperti Liga Super. Boleh langgan pek Liga Malaysia dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan. Semua match boleh tengok live.

Jadual Dan Keputusan Selangor vs Sri Pahang Di Piala FA 2023

Berikut merupakan jadual perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Selangor vs Sri Pahang. Tiada timbal balik untuk pusingan 16 kali ni. Jika tiada pemenang dalam tempoh 90 minit, perlawanan akan berlanjutan ke masa tambahan sehinggalah sepakan penalti.

Jadi untuk semua peminat bola sepak tempatan, jangan lupa saksikan aksi Piala FA 2023 antara Selangor FC vs Sri Pahang FC pada 15 April ini, hari Sabtu pada pukul 10.00 malam yang berlangsung di Stadium Bandraya Petaling Jaya.

15 April 2023 (Sabtu)

FT : Selangor (4) - (0) Sri Pahang

Mukhairi Ajmal 41', 59'
Faisal Halim 67'
Brenden Gan 72'

Waktu : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Bandaraya Petaling Jaya
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post