Siaran Langsung Keputusan Selangor vs Terengganu Liga Super 2023

Siaran Langsung Perlawanan Selangor vs Terengganu Liga Super 2023

Kini kancah Liga Super 2023 telah memasuki minggu kesembilan yang mana akan ada tujuh perlawanan berlangsung dan salah satu daripadanya adalah pertemuan antara Selangor FC vs Terengganu FC yang diadakan pada 18 April 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Bandaraya Petaling Jaya.

Ini juga antara perlawanan tumpuan dalam minggu ini dimana kedua-dua pasukan ini sedang berada di dalam mood kemenangan dan beraksi baik dalam dua ke tiga perlawanan sebelum ini termasuklah dengan kemenangan dalam saingan Piala FA pada hujung minggu lalu.

Selangor

Selangor kini berada di kedudukan kedua dengan 19 mata dalam lapan perlawanan apabila hanya pernah tewas dan seri sekali sahaja. Itu pun ketika bertemu JDT yang mana setakat ini kita boleh tahu bagaimanapun persembahan mereka yang masih belum keciciran mata.

Sejak kekalahan itu, Selangor sudah memenangi empat perlawanan berturut-turut dalam semua kejohanan dan sedikit sebanyak pasti akan memberi impak positif kepada persembahan yang seterusnya apabila berhadapan dengan pasukan Terengganu.

Terengganu

Terengganu yang kita dapat lihat terumbang-ambing pada awal musim dimana selalu berada di zon penyingkiran. Kini tidak lagi apabila mereka sudah bertemu dengan sentuhan kemenangan yang mampu menerjah gol pasukan lawan.

Dengan kemenangan tiga kali berturut-turut sebelum ini, Terengganu kini sudah mendaki kedudukan yang lebih baik apabila berada di tangga keenam dengan 13 mata. Mereka sepertinya baru mula membuka langkah dan ingin menjadi salah satu pencabar takhta liga.

Perlawanan ini akan diadakan di homeground Selangor. Jadi sedikit sebanyak akan memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah bagi melayan kunjungan pasukan lawan. Sudah biasa dengan permukaan padang serta sorakan semangat daripada penyokong itu sendiri yang memberikan kesan positif.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan Selangor dan Terengganu dalam perlawanan ini.

Kesebelasan utama pemain Selangor vs Terengganu

Pembelian Tiket Masuk Secara Online

Kali ini juga masih bermain di tempat sendiri. Jadi orang-orang Lembah Klang terutamanya peminat dan penyokong Selangor, jangan lupa untuk datang ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan kegemaran anda ini.

Anda kini sudah boleh mula dapatkan tiket masuk yang boleh dibeli secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my. Selain itu, anda juga boleh dapatkan tiket fizikal yang akan dijual bermula pada hari perlawanan

Siaran Langsung Liga Super 2023 Selangor vs Terengganu

Itu perlawanan pertemuan antara Selangor vs Terengganu ini, ianya akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go khusus untuk pengguna Astro sahaja.

Bagi yang tiada astro, anda semua boleh live streaming menerusi platform web dan aplikasi Sooka. Boleh langgan dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 secara bulanan untuk pas Liga Malaysia.

Jadual Dan Keputusan Selangor vs Terengganu Di Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Selangor dan Terengganu. Untuk keputusan perlawanan anda hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan untuk tempoh 90 minit pada malam tersebut.

Jadi untuk semua peminat bola sepak tempatan khususnya untuk kedua-dua pasukan, jangan lupa saksikan aksi Liga Super 2023 antara Selangor FC vs Terengganu FC pada 18 April ini, hari Selasa pada pukul 10.00 malam yang berlangsung di Stadium Bandaraya Petaling Jaya

18 April 2023 (Selasa)

FT : Selangor (5) - (1) Terengganu

Ayron del Valle 17', 71'
Faisal Halim 21'
Harith Haiqal 40'
Ivan Mamut 61'
Aliff Haiqal 84'

Waktu : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Bandaraya Petaling Jaya
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post