Siaran Langsung Perlawanan Sri Pahang vs Kelantan United Liga Super 2023

Siaran Langsung Perlawanan Sri Pahang vs Kelantan United Liga Super 2023

Untuk hari kedua aksi Liga Super 2023 minggu kelapan ini akan berlangsung tiga lagi perlawanan dan salah satunya adalah mempertemukan antara Sri Pahang FC dan Kelantan FC yang mana ianya akan berlangusng pada 10 April 2023, hari Isnin bertempat di Stadium Darul Makmur di Kuantan.

Minggu lepas sudah berlangsung derby Pantai Timur di Terengganu dan minggu ini akan berlangsung satu lagi derby east coast iaitu antara pasukan yang berpengkalan di Pahang untuk pasukan Sri Pahang dan pasukan dari Kelantan iaitu Kelantan United.

Sri Pahang

Sri Pahang nampaknya masih meneruskan dengan rekod bersih tanpa kekalahan untuk tujuh perlawanan berturut-turut. Setakat ini skuad Tok Gajah sudah meraih tiga kemenangan dan empat keputusan seri. Rekod ini tampak sama seperti pendahulu liga yang juga masih belum tewas tetapi lebih baik apabila masih juga belum seri.

Sri Pahang juga mendaki kedudukan liga secara perlahan-lahan. Dengan 13 mata yang diperoleh setakat ini, mereka kini berada di tangga keempat dengan mengumpul jumlah mata yang sama dengan Sabah yang kini ditempat kelime. Hanya bilangan bolos sahaja membezakan kedua-dua pasukan ini.

Kelantan United

Kelantan United sepertinya masih belum setel dengan prestasi pasukannya. Menjadi satu-satunya pasukan daripada 14 kesemuanya yang beraksi dalam Liga Malaysia untuk musim kali ini masih belum meraih apa-apa kemenangan untuk tujuh perlawanan awal.

Disebabkan itu jugalah, Kelantan United kini berada di tangga paling corot di dalam liga iaitu ditempat keempat belas dengan hanya mengumpul 2 mata sahaja. Inya pasti datang daripada dua keputusan seri yang diraih iaitu ketika bertemu Kuching City dan Perak.

Jika melihat prestasi semasa, mungkin tiada masalah besar untuk Sri Pahang menjinakkan lawan. Tambahan pula, mereka akan bermain di halaman sendiri serta dihadapan penyokong setia yang sentiasa berada di belakang pasukan.

Atau mungkin ada kejutan yang akan dibuat oleh skuad Hijau Merah ini nanti? Inilah bola sepak dan apa-apapun boleh berlaku.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain untuk kesebelasan utama untuk pasukan Sri Pahang dan Kelantan United dalam perlawanan ini

Pemain kesebelasan Sri Pahang vs Kelantan United

Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online

Orang-orang Kuantan jangan lupa untuk penuhkan stadium pada Isnin ni untuk saksikan pasukan kegemaran anda beraksi di atas padang. Teruskan bagi sokongan untuk para pemain bagi memberikan aksi yang terbaik bagi mengalahkan pihak lawan.

Anda kini boleh mula dapatkan tiket masuk ke stadium dengan pembelian secara online menerusi pautan www.tickethotline.com.my dengan harga RM13.60 untuk tempat duduk terbuka, RM16.60 untuk tempat duduk berbumbung serta RM26.78 untuk tempat duduk di pentas utama. Boleh juga dapatkan tiket fizikal yang dijual di kaunter tiket stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Sri Pahang vs Kelantan United

Untuk yang ingin saksikan perlawanan ini dirumah, ianya akan disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM iaitu di TV Okey serta Sukan RTM. Bukan itu sahaja, anda juga turut boleh tonton secara online di RTM Klik secara percuma.

Bagi yang sudah tersedia muat turun aplikasi Sooka, anda juga boleh menggunakannya atau di platform web untuk saksikan perlawanan ini. Tontonan adalah percuma dan tidak perlu apa-apa langganan untuk menyaksikannya.

Jadual Dan Keputusan Sri Pahang vs Kelantan United Di Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan Sri Pahang dan Kelantan United. Untuk keputusan perlawanan pula, hanya akan dikemaskini selepas habis tempoh 90 minit perlawanan pada malam tersebut.

Jadi untuk semua peminat bola sepak tempatan, jangan lupa saksikan aksi Liga Super 2023 antara Sri Pahang vs Kelantan United pada 10 April ini, hari Isnin dengan waktu sepak mula pada jam 10.00 malam yang berlangsung di stadium Darul Makmur.

10 April 2023 (Isnin)

FT : Sri Pahang (1) - (0) Kelantan United

Stefano Brundo 90+4'

Waktu : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Darul Makmur
Tayangan : TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post