Siaran Langsung Perlawanan Terengganu vs Kuching City Liga Super 2023

Siaran Langsung Perlawanan Terengganu vs Kuching City Liga Super 2023

Hanya tidak kurang daripada lima hari berehat, aksi Liga Super 2023 diteruskan lagi untuk minggu kelapan dan kali ini bakal mempertemukan antara Terengganu FC dan Kuching City FC yang akan berlangsung pada 9 April 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Ini merupakan aksi di laman sendiri untuk kali ketiga berturut-turut untuk pasukan Terengganu. Paling menarik untuk dua perlawanan sebelum ini ialah mereka kini sepertinya kembali mendapat rentak apabila menang untuk perlawana-perlawanan tersebut.

Terengganu

Jika dilihat diawal musim, Terengganu antara pasukan yang sentiasa berada di zon penyingkiran. Kini mereka sudahpun meraih tiga kali kemenangan dan berada di kedudukan yang lebih baik. Tambahan lagi, baru sahaja membelasah Kelantan FC di Gong Badak pada minggu lalu dengan jaringan 5 gol tanpa balas.

Perlawanan tersebut cukup menarik kerana ianya adalah Derby Pantai Timur sebenar. Sejak Liga Super diperkenalkan lagi, kedua-dua pasukan ini pastinya akan memberikan aksi terbaik jika bertembung sama ada di Terengganu mahupun di Kelantan.

Kuching City

Pasukan yang berpengkalan di Sarawak ini masih belum temui rentak permainan yang sebenar. Daripada enam perlawanan yang ditempuhi, hanya sekali sahaja kemenangan yang diperoleh. Selebihnya seri sekali dan sudah kalah empat kali.

Dengan 4 mata, Kuching City kini berada di tangga ke-12 iaitu sama mata dengan Kelantan FC yang berada di tangga ke-13. Adakah ianya masih awal untuk semua pasukan? Atau ianya boleh menjadi petanda untuk aksi-aksi selepas ini?

Adakah Kuching City mampu bangkit untuk perlawanan-perlawanan akan datang? Atau adakah mereka bakal menjadi mangsa seterusnya ketika bertemu Terengganu nanti? Ingat mereka akan bermain di hadapan penyokong skuad Peteh yang pastinya memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain untuk kesebelasan utama untuk pasukan Terengganu dan Kuching City dalam perlawanan ini.

Pemain kesebelasan utama Terengganu vs Kuching City

Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online

Menarikan bila banyak perlawanan yang berlangsung di homeground sendiri dalam seminggu. Boleh datang ke stadium dan saksikan sendiri dengan jarak yang lebih dekat. Sambil itu, boleh juga berikan sokongan kepada pasukan kegemaran.

Jadi bagi yang ingin datang ke stadium, jangan lupa dapatkan tiket masuk yang kini boleh dibeli secara online sahaja iaitu menerusi laman web www.tickethotline.com.my. Selain itu, boleh juga dapatkan tiket fizikal yang dijual bermula pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Terengganu vs Kuching City

Seperti biasa, semua perlawanan Liga Super akan disiarkan secara langsung di kaca tv. Jadi anda boleh tonton di rumah menerusi saluran Astro Arena Bola 3 [807] atau boleh juga saksikan secara online di Astro Go secara percuma khusus untuk pengguna astro.

Bagi yang tidak berkesempatan untuk menonton di Astro, anda masih boleh saksikan perlawanan ini secara live streaming menerusi platform web dan aplikasi Sooka. Anda boleh langgan dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 secara bulanan untuk pas Liga Malaysia.

Jadual Dan Keputusan Terengganu vs Kuching City Di Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan Terengganu dan Kuching City. Untuk keputusan perlawanan hanya akan dikemaskini sejurus selepas tamat atau habis tempoh 90-minit perlawanan.

Jadi untuk semua peminat bola sepak tempatan khususnya untuk kedua-dua pasukan, jangan terlepas untuk saksikan aksi Liga Super 2023 antara Terengganu FC vs Kuching City FC pada 9 April ini, hari Ahad dengan waktu sepak mula pada jam 10.00 malam yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

9 April 2023 (Ahad)

FT : Terengganu (2) - (0) Kuching City

Jordan Mintah 22', 53'

Waktu : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : Arena Bola 3 807
Live Streaming : Astro Go dan Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post