Siaran Langsung Live Terengganu vs Melaka Di Piala FA 2023

Siaran Langsung Live Terengganu vs Melaka Di Piala FA 2023

Aksi Liga Super berehat sebentar dan kini semua mata tertumpu untuk kejohanan Piala FA 2023 yang melibatkan lapan perlawanan kesemuanya dan salah satunya adalah pertemuan antara Terengganu FC dan Melaka FA yang bakal berlangsung pada 14 April 2023, hari Jumaat pada jam 10.00 malam bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.

Melaka merupakan antara empat pasukan amatur daripada Liga M3 yang layak ke pusingan kedua atau pusingan 16 terbaik dan nampaknya telah diundi dengan sebuah pasukan daripada Liga Super iaitu Terengganu.

Ini pastinya satu tugas sukar untuk Melaka lagi-lagi berdepan dengan naib juara Piala FA pada tahun lalu. Tambahan pula, mereka akan bermain di gelanggang lawan dengan crowd atau penyokong yang lebih besar berbanding dalam saingan liga mereka sendiri.

Jika dilihat daripada prestasi semasa, sepertinya Terengganu tiada berhadapan dengan masalah apabila bertemu Melaka di tempat sendiri pada hujung minggu ini. Tambahan pula, mereka akan bermain di hadapan penyokong mereka sendiri.

Terengganu pastinya tidak ingin 'balik awal' dalam saingan kali ini dan pastinya ingin mencuba lagi bagi merebut Piala FA seperti yang dilakukan pada musim lalu dimana mereka kecewa setelah tumbang kepada JDT dengan jaringan 3-1 dan hanya muncul sebagai naib juara.

Rekod Kejuaraan Terengganu Dan Melaka Di Piala FA

Untuk rekod, Terengganu sudah memenang Piala FA sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2000 dan 2011 serta muncul sebagai naib juara sebanyak tiga kali iaitu; tahun 1999, 2004 dan 2022.

Manakala Melaka masih belum pernah kecapi trofi berprestij tersebut sejak kejohanan tersebut diadakan pada tahun 1990. Mungkin musim kali ini akan ada 'magis' yang berlaku kepada mereka selepas kehadiran beberapa pemain-pemain ternama dalam pasukan tersebut.

Pembelian Tiket Masuk Stadium Secara Online

Jadi yang ingin menyaksikan aksi Liga Super minggu ini antara Terengganu dan Melaka, anda kini boleh dapatkan tiket masuk stadium yang boleh dibeli secara online menerusi pautan https://www.tickethotline.com.my/ bermula 12 April ini.

Seperti yang dipaparkan, harga jualan adalah RM20.00 untuk tiket terbuka bagi dewasa dan RM10.00 untuk tiket terbuka pada kanak-kanak.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain untuk kesebelasan utama bagi kedua-dua pasukan iaitu Terengganu dan Melaka dalam perlawanan ini.

Kesebelasan utama Terengganu vs Melaka Pusingan 16 Piala FA 2023

Siaran Langsung Piala FA 2023 Terengganu vs Melaka

Seperti yang diumumkan MFL, selain Liga Super, semua perlawanan Piala FA juga akan disiarkan secara langsung dan bagi pertemuan ini, orang ramai boleh saksikan di saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Selain itu, boleh juga tonton secara digital menerusi RTM Klik secara percuma.

Selain itu, perlawanan ini juga turut disiarkan di Astro Arena 801 pada waktu yang sama. Kalau disiarkan di astro, boleh juga strim di Astro Go khusus untuk pengguna Astro. Jadi ada 2 saluran pilihan pada malam tersebut.

Bagi anda yang sudah mempunyai aplikasi Sooka, anda juga boleh strim secara online menerusi platform tersebut dengan saluran yang sama. Tontonan tidak perlukan langganan. Jadi anda boleh saksikan secara percuma.

Jadual Dan Keputusan Terengganu vs Melaka Di Piala FA 2023

Berikut merupakan jadual perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan Terengganu dan Melaka. Tiada timbal balik untuk pusingan 16 kali ini. Jadi pemenang akan ditentukan pada malam tersebut sehingga ke wisel penamat.

Jadi untuk semua peminat bola sepak tempatan, jangan lupa saksikan aksi Piala FA 2023 antara Terengganu FC vs Melaka FC pada 14 April ini, hari Jumaat pada pukul 10.00 malam yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

14 April 2023 (Jumaat)

FT : Terengganu (4) - (0) Melaka

Ivan Mamut 5'
Hakimi Abdullah 71'
Jordan Mintah 82', 90+3'

Waktu : 10.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post