Antara perlawanan tumpuan pada minggu kesepuluh Liga Super 2023 adalah pertemuan antara Terengganu FC dan Sri Pahang FC yang mana ianya akan diadakan pada 28 April 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak.
Ini adalah antara pertemuan Derby Pantai Timur yang dinantikan untuk musim ini memandangkan kedua-dua kini berada di kedudukan teratas liga. Terengganu kini berada di tangga keenam dan Sri Pahang berada di kedudukan ketiga.
Terengganu
Kita sudah nampak bagaimanapun Terengganu bermula agak longlai pada awal musim dan kini sudah menampakkan hasil apabila daripada empat perlawanan terakhir, mereka hanya tewas sekali dan menang kesemua tiga perlawanan tersebut.
Sri Pahang
Manakala Sri Pahang pula sudah mencatatkan keputusan tiga kemenangan berturut-turut pada perlawanan terakhir mereka. Bukan itu sahaja, Sri Pahang juga antara pasukan yang masih belum tewas dalam semua perlawanan liga sama seperti JDT.
Walaupun begitu, derby pastinya sesuatu yang tidak jangka akan berlaku. Mungkin kali ini Terengganu merupakan pasukan pertama yang berjaya menewaskan Sri Pahang. Kerana ianya bol sepak, pelbagai kemungkinan boleh berlaku.
Mungkin juga, Terengganu bakal menjadi mangsa kemenangan keempat dalam empat perlawanan selepas ini. Jadi untuk ketahui keputusannya, kena nantikan pertembungan pada Jumaat ini.
Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan
Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan Terengganu dan Sri Pahang dalam perlawanan ini.
Pembelian Tiket Masuk Secara Online
Untuk penyokong yang berada di sekitar Gong Badak dan Kuala Terengganu, jangan lupa untuk datang ke stadium bagi memberikan sokongan yang padu kepada pasukan anda. Beli tiket sekarang yang boleh dibuat secara online di www.tickethotline.com.my atau dapatkan tiket fizikal diperkarangan stadium pada hari perlawanan.
Siaran Langsung Liga Super 2023 Terengganu vs Sri Pahang
Untuk penonton di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung yang akan dibawakan menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Juga dibawakan secara live streaming di pautan rtmklik.rtm.gov.my.
Bagi yang sudah menggunakan aplikasi Sooka untuk tontonan Liga Malaysia sebelum-sebelum ini, anda boleh masih boleh gunakan platform tersebut untuk perlawanan ini. Ianya percuma dan tidak perlu kepada langganan atau pas perlawanan.
Jadual Dan Keputusan Terengganu vs Sri Pahang Di Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual perlawanan bola sepak antara Terengganu dan Sri Pahang. Manakala untuk keputusan perlawanan hanya akan dikemaskini selepas habis perlawanan 90 minit pada malam tersebut.
Jadi untuk semua peminat bola sepak terutamanya untuk kedua-dua pasuakn, jangan lupa saksikan aksi Liga Super 2023 antara Terengganu FC vs Sri Pahang FC pada 28 April ini, hari Jumaat pada jam 9.00 malam yang berlangusng di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
28 April 2023 (Jumaat)
FT : Terengganu (1) - (2) Sri Pahang
Kpah Sherman 31'
Ivan Mamut 39'
Nor Azam Azih 68'
Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Tayangan : TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik & Sooka