Jadual Dan Keputusan Bola Tampar Sukan SEA 2023 Kemboja

Jadual Dan Keputusan Bola Tampar Sukan SEA 2023 Kemboja

Sukan Bola Tampar (Volleyball) antara sukan yang dipertandingkan dalam temasya Sukan SEA Kemboja 2023 kali ini iaitu bermula dari 3 hingga 16 Mei 2023 yang akan berlangsung di Olympic Complex Indoor Main Hall.

Jadi untuk peminat sukan ini pastinya tertunggu-tunggu bila berlangsung acara ini dan sudah tentu ingin menyaksikan aksi perlawanan jika berkesempatan dan ditayangkan di kaca tv. Pastinya berharap untuk atlet Malaysia untuk berjaya membawa pulang pingat untuk acara ini.

Acara Sukan Bola Tampar Sukan SEA Kemboja 2023

Acara Bola Tampa mempertaruhkan 4 pingat emas kesemuanya dalam edisi ke-32 Sukan SEA 2023 kali ini. Ianya merupakan acara Bola Tampar Dalam Dewan (Indoor) untuk kategori lelaki dan wanita serta acara Bola Tampar Pantai juga terdapat kategori lelaki dan wanita.

Untuk acara Bola Tampar Dalam Dewan, sebanyak 8 negara yang mengambil bahagian untuk kategori wanita iaitu Kemboja (Tuan Rumah), Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Manakala hanya 7 negara untuk kategori lelaki iaitu sama dengan wanita kecuali tanpa kehadiran Filipina.

Kesemua pasukan akan bermain dalam satu kumpulan sahaja secara round-robin. Pemenang ditentukan berdasarkan kedudukan. Juara meriah pingat emas, naib juara dan tempat ketiga masing-masing akan bawa pulang pingat perak dan gangsa.

Atlet Malaysia Dalam Sukan Bola Tampar SEA Games Cambodia 2023

Berikut merupakan senarai pemain Bola Tampar Kebangsaan yang akan mewakili negara dalam acara Bola Tampar Dalam Dewan untuk kategori lelaki dan wanita serta Bola Tampar Pantai juga untuk kategori lelaki dan wanita

[Bola Tampar Dalam Dewan Lelaki]

Pemain Bola Tampar Malaysia di Sukan SEA Kemboja 2023

[Bola Tampar Dalam Dewan Wanita]

Pemain Bola Tampar Malaysia di Sukan SEA Kemboja 2023

[Bola Tampar Pantai Lelaki & Wanita]

Pemain Bola Tampar Malaysia di Sukan SEA Kemboja 2023

Jadual Sukan Bola Tampar Sukan SEA Kemboja 2023

Jadi orang ramai boleh saksikan siaran langsung untuk acara ini serta ulasan lanjut yang akan disiarkan melalui saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Anda juga boleh saksikan secara online menerusi rtmklik.rtm.gov.my.

Berikut merupakan jadual penuh bagi acara sukan Bola Tampar bagi semua acara (Indoor dan Beach). Dipaparkan tarikh dan hari acara berlangsung

3 - 8 Mei 2023

Untuk acara ini, ianya akan bermula dengan Bola Tampar Dalam Dewan (Volleyball Indoor) untuk kategori lelaki terlebih dahulu iaitu bermula 3 hingga 8 Mei 2023.

  • Bola Tampar Dalam Dewan Lelaki
  • Bermula daripada peringkat Kumpulan
  • Final pada 8 Mei 2023

9 - 14 Mei 2023

Kemudian bermula hari Selasa, 9 Mei sehingga 14 Mei 2023 pula akan berlangsung acara Bola Tampar Dalam Dewan (Volley Ball Indoor) untuk kategori wanita pula.

  • Bola Tampar Dalam Dewan Wanita
  • Bermula pada peringkat Kumpulan
  • Final pada 14 Mei 2023

11 - 16 Mei 2023

Dalam masa yang sama, bermula 11 Mei sehingga 16 Mei 2023 pula akan berlangsung acara Bola Tampar Pantai (Volley Ball Beach) untuk kategori lelaki dan wanita serentak.

  • Bola Tampar Pantai Lelaki dan Wanita
  • Bermula pada peringkat kumpulan
  • Final kedua-dua kategori pada 16 Mei 2023

PODIUM

[Bola Tampar Dalam Dewan Lelaki]

Emas - Indonesia
Perak - Kemboja
Gangsa - Vietnam

[Bola Tampar Dalam Dewan Wanita]

[Bola Tampar Pantai Lelaki]

[Bola Tampar Pantai Wanita]

Temasya Sukan SEA Kemboja 2023

Sukan Asia Tenggara 2023 yang juga dikenali dengan Sukan SEA ke-32, atau menggunakan nama Cambodia 2023, akan menjadi edisi ke-32 Sukan Asia Tenggara, pelbagai acara sukan yang akan diadakan dari 5 hingga 17 Mei 2023 di Phnom Penh, Kemboja.

Kemboja merupakan negara yang menjadi tuan rumah bagi acara sukan dwi-tahunan ini. Temasya kali ini bakal mempertandingkan lebih 580 acara dalam 39 jenis sukan dengan kehadiran 11 negara Asia Tenggarah yang mengambil bahagian termasuk Malaysia.

Malaysia telah menghantar seramai 677 atlet yang terdiri daripada 402 lelaki dan 275 wanita dengan menyertai 340 acara dalam 33 jenis sukan. Malaysia mensasarkan 40 pingat emas, 37 pingat perak dan 64 pingat gangsa.

Post a Comment

Previous Post Next Post