Jadual Dan Keputusan Badminton BWF Thailand Open 2023

Jadual Dan Keputusan Badminton BWF Thailand Open 2023

Selesai Malaysia Masters 2023 dan kini pemain-pemain badminton meneruskan cabaran menerusi kejohanan Thailand Open 2023 dimana ianya akan berlangsung bermula 30 Mei hingga 4 Jun 2023 bertempat di Bangkok Thailand.

Toyota Gazoo Racing Thailand Open 2023 merupakan antara kejohanan yang tersenarai dalam kalendar BWF tahun ini dimana ianya merupakan acara Super 500 dengan menawarkan mata ranking bersama hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah USD 420,000 (~RM1.9 juta).

Senarai Pemain Malaysia Dalam Thailand Open 2023

Walaupun tidaklah membariskan pemain ternama, Malaysia juga menghantar para pemainnya dalam kejohanan ini sama ada mereka yang dibawah naungan BAM juga beserta pemain-pemain profesional negara bagi setiap kategori.

Perseorangan Lelaki - Ng Tze Yong, Cheam June Wei, Yeoh Seng Zoe, Leong Jun Hao, Aidil Sholeh, Lee Shun Yang

Perseorangan Wanita - Goh Jin Wei

Beregu Lelaki - Goh V Shem/Lim Khim Wah, Tan Kian Meng, Tan Wee Kiong, Boon Xin Yuan/Wong Tien Ci

Beregu Wanita - Vivian Hoo/Lim Chiew Sien

Beregu Campuran - Chen Tang Jie/Toh Ee Wei, Chan Peng Soon/Cheah Yee See, Goh Soon Huat [4]/Lai Shevon Jemie, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing, Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing

Jadual & Keputusan Perlawanan Badminton Thailand Open 2023

Kejohanan ini akan bermula pada peringkat kelayakan (Q) dan pemain yang berjaya akan meneruskan cabaran di pusingan 32 dan bertarung sehinggalah ke pusingan akhir dengan format kalah mati tiga game bagi setiap perlawanan.

Anda boleh saksikan perlawanan bagi kejohanan ini iaitu menerusi saluran Astro Supersports 814 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go. Walaubagaimanapun, siaran langsung hanya akan mula ditayangkan pada hari ketiga iaitu di pusingan 16 terbaik.

Selain itu, anda juga boleh live streaming di laman youtube rasmi BWF di BWFTV secara percuma. Boleh saksikan bermula pada peringkat kelayakan lagi. Mungkin perlukan sambungan VPN khusus untuk penonton di Malaysia.

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan untuk Thailand Open 2023 yang hanya melibatkan pemain-pemain negara sepanjang kejohanan ini berlangsung.

*Jadual dan keputusan akan dikemaksini dari semasa ke semasa dengan mengikut waktu Malaysia

30 Mei 2023 (Selasa) - Kelayakan [Q]

Perlawanan pembukaan adalah bermula pada pukul 9.00 AM waktu Malaysia

[XD] Adnan Maulana [1]/Nita Violina Marwah (INA) vs (MAS) Hoo Pang Ron/Teoh Mei Xing - [21-14, 21-16]

[MD] Goh V Shem/Lim Khim Wah (MAS) vs (MAS) Tan Kian Meng/Tan Wee Kion - [18-21 21-18 21-13]

[MD] Boon Xin Yuan/Wong Tien Ci (MAS) vs (THA) Thanawin Madee/Natthapat Trinkajee - [21-18, 15-21, 12-21]

[MS] Aidil Sholeh (MAS) vs (IND) Subramanian - [21-17, 21-14]

[MS] Lee Shun Yang (MAS) vs (KOR) Jeon Hyeok Jin - [17-21, 11-21]

[MS] Leong Jun Hao (MAS) vs (IND) Meiraba Luwang Maisnam - [16-21, 21-5, 21-16]

[MS] Yeoh Seng Zoe (MAS) vs (THA) Teeraratsakul - *WO

[MS] Sameer Verma (IND) vs (MAS) Yeoh Seng Zoe - [21-12, 21-17]

[DM] Goh V Shem/Lim Khim Wah (MAS) vs (INA) Sabar Gutama [4]/Moh Isfahani - [23-25, 21-16, 16-21]

[MS] Leong Jun Hao (MAS) vs (MAS) Aidil Sholeh - [21-15, 21-19]

----------------------------------------------

31 Mei 2023 (Rabu) - Pusingan 32

Perlawanan pembukaan adalah bermula pada pukul 9.00 AM waktu Malaysia

[XD] Feng Yan Zhe [3]/Huang Dong Ping (CHN) vs (MAS) Chen Tang Jie/Toh Ee Wei - [15-21, 21-19, 19-21]

[XD] Chan Peng Soon/Cheah Yee See (MAS) vs (SGP) Hee Yong Kai Terry/Tan Wei Jan Jessica - [15-21, 21-11, 22-20]

[MS] Ng Tze Yong (MAS) vs (IND) Priyanshu Rajawat - [21-19, 21-10]

[WS] Goh Jin Wei (MAS) vs (TPE) Wen Chi Hsu - [11-21, 19-21]

[XD] Ye Hong Wei/Lee Chia Hsin (TPE) vs (MAS) Tan Kian Meng/Lai Pei Jing - [15-21, 21-16, 21-16]

[MS] Sitthikom Thammasin (THA) vs (MAS) Leong Jun Hao - [21-16, 16-21, 12-21]

[XD] Lee Chun Hei Reginald/Ng Tsz Yau (HKG) vs (MAS) Goh Soon Huat [4]/Lai Shevon Jemie - [21-19, 15-21, 15-21]

[MS] Cheam June Wei (MAS) vs (CHN) Li Shi Feng [4] - [18-21, 21-18, 14-21]

[WS] Meilysa Puspitasari/Rachel Rose (INA) vs (MAS) Vivian Hoo/Lim Chiew Sien - [21-17, 19-21, 11-21]

----------------------------------------------

1 Jun 2023 (Khamis) - Pusingan 16

Perlawanan pembukaan adalah bermula pada pukul 1.00 PM waktu Malaysia

[MS] Leong Jun Hao (MAS) vs (FRA) Christo Popov - [20-22, 21-13, 21-19]

[MS] Chou Tien Chen [1] (TPE) vs (MAS) Ng Tze Yong - [21-23, 21-23]

[XD] Chan Peng Soon/Cheah Yee See (MAS) vs (KOR) Kim Won Ho [5]/Jeong Na Eun - [13-21, 17-21]

[XD] Tang Chun Man/Tse Ying Suet (HKG) vs (MAS) Goh Soon Huat [4]/Lai Shevon Jemie - [21-13,21-17]

[XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (JPN) Yuki Kaneko/Misaki Matsutomo - [23-21, 17-21, 11-21]

[WD] Jeong Na Eun [5]/Kim Hye Jeong (KOR) vs (MAS) Vivian Hoo/Lim Chiew Sien - [21-10, 16-21, 21-19]

----------------------------------------------

2 Jun 2023 (Jumaat) - Suku Akhir

Perlawanan pembukaan adalah bermula pada pukul 1.00 PM waktu Malaysia

[MS] Ng Tze Yong (MAS) vs (HKG) Lee Cheuk Yiu [8] - [19-21, 21-23]

[MS] Leong Jun Hao (MAS) vs (IND) Lakshya Sen - [19-21, 11-21]

----------------------------------------------

3 Jun 2023 (Sabtu) - Separuh Akhir

Perlawanan pembukaan adalah bermula pada pukul 1.00 PM waktu Malaysia

(Tiada lagi wakil Malaysia untuk pusingan seterusnya)

----------------------------------------------

4 Jun 2023 (Ahad) - Final

Perlawanan pembukaan adalah bermula pada pukul 1.00 PM waktu Malaysia

[WS] An Se Young [1] (KOR) vs (CHN) He Bing Jiao [3] - [21-10, 21-19]

[XD] D Puavaranukroh [1]/S Taerattanachai (THA) vs (KOR) Kim Won Ho [5]/Jeong Na Eun - [21-11, 19-21, 20-22]

[MD] Muhammad Shohibul Fikri/Bagas Maulanan (INA) vs (CHN) Liang Wei Keng [3]/Wang Chang - [10-21, 15-21]

[MS] Lee Cheuk Yiu [8] (HKG) vs (THA) Kunlavut Vitidsarn [2] - [12-21, 10-21]

[WD] Kim So Yeong [1]/Kong Hee Yong (KOR) vs (THA) Benyapa Aimsaard [6]/Nuntakarn Aimsaard - [21-13, 21-17]

----------------------------------------------

Jadi sekiranya anda ingin ketahui keputusan semasa dan jadual perlawanan harian bagi lain-lain perlawanan, anda boleh rujuk laman web rasmi BWF di www.tournamentsoftware.com

Post a Comment

Previous Post Next Post