Jadual Dan Keputusan Hoki Sukan SEA Kemboja 2023

Jadual Dan Keputusan Hoki Sukan SEA Kemboja 2023

Sukan Hoki antara sukan yang dipertandingkan dalam temasya Sukan SEA Kemboja 2023 kali ini iaitu bermula dari 1 hingga 16 Mei 2023 secara keseluruhan dimana melibatkan dua venue iaitu di Chroy Changvar Convention Center dan Morodok Techno National Stadium.

Ini kerana sukan Hoki akan melibatkan 2 acara iaitu Hoki Dalam Dewan (Indoor) yang berlangsung dari 1 hingga 7 Mei dan Hoki Padang (Field) yang diadakan dari 9 hingga 16 Mei 2023.

Jadi untuk peminat sukan ini pastinya tertunggu-tunggu aksi pemain negara dalam acara ini. Malaysia sudah tentunya antara pasukan yang terkuat dalam sukan Hoki dan akan terus beraksi baik dalam temasya rantau Asia Tenggara ini.

Acara Sukan Hoki Sukan SEA Kemboja 2023

Hoki antara 36 jenis sukan yang dipertandingkan dalam temasya dwi-tahunan Sukan SEA Kemboja 2023 kali ini. Untuk sukan ini, sebanyak 4 pingat emas yang dipertandingkan iaitu untuk kedua-dua acara: Dalam Dewan dan Padang.

Setiap daripada acara tersebut, terdapat 2 kategori iaitu Lelaki dan Wanita. Jadi akan ada Hoki Dalam Dewan Lelaki dan Wanita serta Hoki Padang Lelaki dan Wanita.

Sukan Hoki Dalam Dewan bagi kedua-dua acara disertai oleh enam pasukan kesemuanya iaitu Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina dan Kemboja.

Manakala untuk acara Hoki Padang hanya lima penyertaan iaitu Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan pasukan tuan rumah, Kemboja.

Atlet Malaysia Dalam Sukan Hoki SEA Games Cambodia 2023

Berikut merupakan senarai pemain dan atlet Malaysia dalam temasya Sukan SEA Kemboja 2023 menerusi dua acara tersebut iaitu Hoki Dalam Dewan dan Hoki Padang

Acara Hoki Dalam Dewan Lelaki Dan Wanita

Kedua-dua acara ini membariskan 12 pemain kesemuanya bagi mengharungi setiap perlawanan yang berlangsung. Berikut merupakan senarai pemain lelaki dan wanita

Atlet Pemain Malaysia Hoki Dalam Dewan Sukan SEA Kemboja 2023

Atlet Pemain Malaysia Hoki Dalam Dewan Sukan SEA Kemboja 2023

Acara Hoki Padang Lelaki Dan Wanita

Kedua-dua acara ini membariskan 18 pemain kesemuanya bagi mengharungi perlawanan yang berlangsung. Berikut merupakan senarai pemain lelaki dan wanita.

Atlet Pemain Malaysia Hoki Padang Sukan SEA Kemboja 2023

Atlet Pemain Malaysia Hoki Padang Sukan SEA Kemboja 2023

Jadual & Keputusan Hoki Sukan SEA Kemboja 2023

Menerusi penyertaan enam negara bagi acara Hoki Dalam Padang, kesemuanya akan beraksi dalam satu kumpulan yang sama secara round-robin satu pusingan. Jadi hanya 2 pasukan teratas akan berjaya mara ke final bagi merebut pingat emas. Untuk lelaki dan wanita.

Sama juga untuk acara Hoki Padang, kesemua lima pasukan yang bertanding akan berada dalam satu kumpulan dan bermain secara format round-robin satu pusingan. Hanya 2 pasukan teratas akan berjaya mara ke final untuk merebut pingat emas. Untuk kategori lelaki dan wanita.

Jadi orang ramai boleh saksikan siaran langsung untuk acara ini serta ulasan lanjut yang akan disiarkan melalui saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Anda juga boleh saksikan secara online menerusi rtmklik.rtm.gov.my.

Berikut merupakan senarai jadual dan keputusan bagi setiap perlawanan termasuk Malaysia bagi sukan Hoki Dalam Dewan dan Hoki Padang untuk Sukan SEA Kemboja 2023 bagi kategori lelaki dan wanita.

HOKI DALAM PADANG/INDOOR (1-7 Mei 2023)

[Lelaki]

1 Mei 2023 (Isnin)

Filipina (0) - (14) Thailand
Singapura (0) - (7) Indonesia
Malaysia (10) - (1) Kemboja

2 Mei 2023 (Selasa)

Malaysia (19) - (0) Filipina
Thailand (0) -  (3) Indonesia
Kemboja (1) - (4) Singapura

3 Mei 2023 (Rabu)

Indonesia (20) - (0) Filipina
Singapura (0) - (5) Malaysia
Kemboja (1) - (7) Thailand

4 Mei 2023 (Khamis)

Filipina (0) - (11) Singapura
Thailand (5) - (3) Malaysia
Indonesia (1) - (6) Kemboja

6 Mei 2023 (Sabtu)

Malaysia (3) - (2) Indonesia
Singapura (1) - (4) Thailand
Filipina vs Kemboja

7 Mei 2023 (Ahad) - FINAL

FT : Malaysia (3) - (3) Indonesia - 5.30 PM MYT

Penalty Shoot-out : (1) - (2)

[Wanita]

1 Mei 2023 (Isnin)

Filipina (0) - (8) Thailand
Malaysia (8) - (0) Singapura
Kemboja (1) - (7) Indonesia

2 Mei 2023 (Selasa)

Malaysia (12) - (0) Filipina
Indonesia (4) - (0) Singapura
Kemboja (0) - (9) Thailand

3 Mei 2023 (Rabu)

Indonesia (14) - (1) Filipina
Malaysia (0) - (0) Thailand
Kemboja (1) - (0) Singapura

4 Mei 2023 (Khamis)

Filipina (1) - (3) Singapura
Indonesia (2) - (3) Thailand
Kemboja (0) - (4) Malaysia

6 Mei 2023 (Sabtu)

Indonesia (2) - (4) Malaysia
Singapura vs Thailand
Kemboja vs Filipina

7 Mei 2023 (Ahad) - FINAL

Malaysia (0) - (0) Thailand - 7.00 PM MYT

Penalty Shoot-out : 1-2

HOKI PADANG (9 - 16 Mei 2023)

[Lelaki]

9 Mei 2023 (Selasa)
Singapura vs Indonesia
Thailand vs Kemboja

10 Mei 2023 (Rabu)
Thailand vs Indonesia
Malaysia vs Kemboja

11 Mei 2023 (Khamis)
Thailand vs Indonesia
Malaysia vs Kemboja

12 Mei 2023 (Jumaat)
Indonesia vs Kemboja

13 Mei 2023 (Sabtu)
Thailand vs Malaysia
Kemboja vs Singapura

14 Mei 2023 (Ahad)
Malaysia vs Indonesia
Singapura vs Thailand

16 Mei 2023 (Isnin) - FINAL

TBD vs TBD

[Wanita]

9 Mei 2023 (Selasa)
Singapura vs Indonesia
Thailand vs Kemboja

10 Mei 2023 (Rabu)
Malaysia vs Kemboja

11 Mei 2023 (Khamis)
Malaysia vs Kemboja

12 Mei 2023 (Jumaat)
Indonesia vs Kemboja

13 Mei 2023 (Sabtu)
Thailand vs Malaysia
Kemboja vs Singapura

15 mei 2023 (Isnin)
Malaysia vs Kemboja
Singapura vs Thailand

16 Mei 2023 (Selasa) - FINAL

TBD vs TBD

PODIUM

[Hoki Dalam Dewan Lelaki]

Emas : Indonesia
Perak : Malaysia
Gangsa : Singapura & Thailand

[Hoki Dalam Dewan Wanita]

Emas : Thailand
Perak : Malaysia
Gangsa : Indonesia & Kemboja

[Hoki Padang Lelaki]

[Hoki Padang Wanita]

Temasya Sukan SEA Kemboja 2023

Sukan Asia Tenggara 2023 yang juga dikenali dengan Sukan SEA ke-32, atau menggunakan nama Cambodia 2023, akan menjadi edisi ke-32 Sukan Asia Tenggara, pelbagai acara sukan yang akan diadakan dari 5 hingga 17 Mei 2023 di Phnom Penh, Kemboja.

Kemboja merupakan negara yang menjadi tuan rumah bagi acara sukan dwi-tahunan ini. Temasya kali ini bakal mempertandingkan lebih 580 acara dalam 39 jenis sukan dengan kehadiran 11 negara Asia Tenggarah yang mengambil bahagian termasuk Malaysia.

Malaysia telah menghantar seramai 677 atlet yang terdiri daripada 402 lelaki dan 275 wanita dengan menyertai 340 acara dalam 33 jenis sukan. Malaysia mensasarkan 40 pingat emas, 37 pingat perak dan 64 pingat gangsa.

Post a Comment

Previous Post Next Post