Jadual Dan Keputusan Olahraga Lari 100M Sukan SEA Kemboja 2023

Jadual Dan Keputusan Olahraga Lari 100M Sukan SEA Kemboja 2023

Acara Olahraga di temasya Sukan SEA Kemboja 2023 bakal berlangsung dari selama tujuh hari iaitu bermula 6 hingga 12 Mei 2023 dan kesemuanya akan diadakan di Stadium Nasional Morodok Techo Sports Complex, Phnom Penh, Kemboja.

Dalam sukan ini dipertaruhkan secara keseluruhan adalah sebanyak 47 pingat emas yang sekali gus melibatkan 47 acara bagi kategori lelaki dan wanita termasuklah acara Lari 100M.

Untuk rekod, Puripol Boonson dari Thailand adalah penyandang juara bagi edisi Hanoi 2021 sekali gus menjadi Raja Pecut Asia Tenggara bagi edisi ke-31 lalu. Manakala dua edisi sebelum itu, telah dimenangi oleh dua atlet Malaysia iaitu Khairul Hafiz Jantan tahun 2017 dan Muhammad Haiqal Hanafi tahun 2019.

Acara Lari 100M Sukan SEA Kemboja 2023

Untuk edisi kali ini, acara Lari 100 Meter akan berlangsung pada 12 Mei 2023, hari Jumaat. Pada hari yang sama juga, akan diadakan untuk kategori lelaki dan wanita yang mana masing-masing melibatkan semua negara yang mengambil bahagian.

Setiap daripada atlet akan bermula dengan pusingan kelayakan. Sebanyak 2 Heat akan berlangsung. Jadi 4 pelari yang mencatatkan masa terpantas akan layak ke final bagi merebut pingat emas yang juga berlangsung pada hari yang sama.

Sukan SEA Kemboja 2023 kali ini, Malaysia bakal membariskan sekali lagi dua bekas Pelari Pecut Asia Tenggara iaitu Khairul Hafiz Jantan dan Muhammad Haiqal Hanafi. Jika edisi lalu, mereka tidak beraksi, kini mereka kembali bagi merampas semula takhta kejuaraan tersebut sekali gus membawa pulang pingat emas.

Untuk kategori wanita bakal disertai oleh pelari pecut berpengalaman iaitu Zaidatul Husniah Zulkifli bersama pelari Sabah iaitu Aishah Rofina Aling.

Jadual Dan Keputusan Acara Olahraga Lari 100M Sukan SEA Kemboja 2023

Selain daripada acara bola sepak yang membawa kepada perebutan 'ibu segala pingat', acara Lari Pecut 100 Meter ini juga mendapat tumpuan daripada orang ramai terutamanya dalam acara sukan berprestij seperti SEA Games ini.

Jadi pada waktu ini, selain daripada acara Olahraga yang berlangsung di venue yang sama, mata pasti tertumpu pada acara Lari 100M ini dan menunggu atlet manakah yang bakal meriah pingat emas sekali gus peroleh gelaran Raja Pecut Asia Tenggara.

Acara ini pastinya akan disiarkan secara langsung menerusi saluran RTM yang dibawakan di TV Okey dan Sukan RTM. Selain itu, orang ramai juga boleh tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my secara percuma.

Acara Lari 100m untuk kategori lelaki akan berlangsung pada 12 Mei 2023, hari Jumaat dengan waktu untuk Round 1 pada pukul 10.00 pagi waktu Malaysia. Manakala pusingan Final akan berlangsung pada hari yang sama pada pukul 5.50 petang.

Manakala untuk Lari 100m untuk kategori wanita akan bermula pada jam 10.15 pagi serta pusingan akhir pada pukul 5.40 petang.

12 Mei 2023 (Jumaat)

- [Lari 100m Lelaki]

  • Round 1 (Heat) - 10.00 pagi
  • Final - 5.50 petang

(KEPUTUSAN)

  1. Soraoat Dapbang (THA) - 10.37
  2. Marc Brian Louis (SGP) - 10.39
  3. Muhammad Haiqal Hanafi (MAS) - 10.45s
  4. Khairul Hafiz Jantan (MAS) - 10.45s
  5. Ngoc Nghia Ngan (VIE) - 10.46s
  6. Joshua Hanwei Chua (SGP) - 10.78s
  7. Peng Sokong (CAM) - 10.80s
  8. Lalu Muhammad Zohri (INA) - DNS

- [Lari 100m Wanita]

  • Round 1 (Heat) - 10.15 pagi
  • Final - 5.40 petang

(KEPUTUSAN)

  1. Veronica Shanti Pereita (SGP) - 11.41s
  2. Supanich Poolkerd (THA) - 11.58s
  3. Thi Nhi Yen Tran (VIE) - 11.75s
  4. Zaidatul Husniah Zulkifli (MAS) - 11.83s
  5. Du Y Hoang (VIE) - 11.85s
  6. Elizabeth-Ann Tan Shee Ru (SGP) - 11.96s
  7. Nur Aishah Rofina Aling (MAS) - 12.12s
  8. Kristina Marie Knott (PHI) - DNS

PODIUM

[Lari 100m Lelaki]

Emas - Soraoat Dapbang (THA)
Perak - Marc Brian Louis (SGP)
Gangsa - Muhammad Haiqal Hanafi (MAS) & Khairul Hafiz Jantan (MAS)

[Lari 100m Wanita]

Emas - Veronica Shanti Pereita (SGP)
Perak - Supanich Poolkerd (THA)
Gangsa - Thi Nhi Yen Tran (VIE)


Post a Comment

Previous Post Next Post