Sukan Sepak Takraw antara sukan yang akan dipertandingkan dalam temasya Sukan SEA Kemboja 2023 kali ini iaitu bermula 6 hingga 16 Mei 2023 dimana akan berlangsung di Basketball Hall NSTC, Olympic Complex.
Jadi untuk peminat sukan ini pastinya tertunggu-tunggu bagi acara ini dan sudah tentu ingin menyaksikan aksi perlawanan yang berlangsung jika berkesempatan dan ditayangkan di kaca tv. Pastinya berharap untuk atlet Malaysia berjaya membawa pulang pingat untuk acara ini.
Acara Sukan Sepak Takrawk Sukan SEA Kemboja 2023
Sepak Takraw antara 36 jenis sukan yang dipertandingkan dalam temasya dwi-tahunan Sukan SEA Kemboja 2023 kali ini. Secara keseluruhan, terdapat 22 pingat emas yang dipertandingkan jika termasuk acara Chinlone.
Untuk acara Sepak Takraw sahaja terdapat 2 kategori iaitu lelaki dan wanita. Setiap daripadanya dipecahkan kepada 6 acara iaitu Regu, Double, Qudrant, Berkumpulan Regu, Berkumpulan Duble dan Berkumpulan Quadrant.
Atlet Malaysia Dalam Sukan Sepak Takraw SEA Games Cambodia 2023
Acara yang diadakan selama 11 hari ini akan disertai oleh pasukan Malaysia yang mana terdiri daripada 20 atlet lelaki dan 9 atlet wanita. Berikut merupakan senarai atlet bertanding dalam sukan Sepak Takraw yang akan mewakili Malaysia.
Jadual Sukan Sepaktakraw Sukan SEA Kemboja 2023
Sukan Sepaktakraw akan bermula sehari selepas majlis perasmian Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 iaitu selama 11 hari bermula pada 6 Mei hingga 16 Mei 2023.
Jadi orang ramai boleh saksikan siaran langsung untuk acara ini serta ulasan lanjut yang akan disiarkan melalui saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Anda juga boleh saksikan secara online menerusi rtmklik.rtm.gov.my
Berikut merupakan jadual penuh bagi sukan Sepak Takraw bagi semua acara. Dipaparkan tarikh, hari dan masa acara berlangsung mengikut waktu tempatan. Untuk waktu Malaysia, hanya perlu tambah satu jam sahaja daripada waktu tersebut.
Temasya Sukan SEA Kemboja 2023
Sukan Asia Tenggara 2023 yang juga dikenali dengan Sukan SEA ke-32, atau menggunakan nama Cambodia 2023, akan menjadi edisi ke-32 Sukan Asia Tenggara, pelbagai acara sukan yang akan diadakan dari 5 hingga 17 Mei 2023 di Phnom Penh, Kemboja.
Kemboja merupakan negara yang menjadi tuan rumah bagi acara sukan dwi-tahunan ini. Temasya kali ini bakal mempertandingkan lebih 580 acara dalam 39 jenis sukan dengan kehadiran 11 negara Asia Tenggarah yang mengambil bahagian termasuk Malaysia.
Malaysia telah menghantar seramai 677 atlet yang terdiri daripada 402 lelaki dan 275 wanita dengan menyertai 340 acara dalam 33 jenis sukan. Malaysia mensasarkan 40 pingat emas, 37 pingat perak dan 64 pingat gangsa.