Siaran Langsung JDT vs Kelantan United Liga Super 2023

Siaran Langsung JDT vs Kelantan United Liga Super 2023

Jangan terlepas pula minggu ini akan berlangsung dua perlawanan Liga Super 2023 dan salah satunya adalah pertemuan antara Johor Darul Ta'zim FC dan Kelantan United FC yang mana ianya akan diadakan pada 13 Mei 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Sultan Ismail, Iskandar Puteri, Johor.

Mungkin sekarang masih dengan kehangatan Sukan SEA 2023, tetapi perlawanan ini diadakan bagi melengkapkan 10 perlawanan kesemuanya yang dilalui oleh setiap pasukan yang bertanding dalam Liga Super 2023 ketika ini.

Sepatutnya, perlawanan antara JDT dan Kelantan United ini berlangsung pada 28 April yang lalu bersama-sama 12 lagi pasukan lain dengan melibatkan 6 pasukan. Tetapi atas beberapa faktor, ianya terpaksa ditunda dan diadakan pada 13 Mei ini.

JDT

JDT pastinya mengidamkan kemenangan kesepuluh berturut-turut apabila menentang pasukan yang berpengkalan di Pantai Timur itu. Ini sudah pasti dapat menjarakkan lagi antara pendahulu liga dan pasukan yang berada di tangga kedua.

Kelantan United

Dengan keputusan yang tidak memberangsangkan untuk sembilan perlawanan awal liga ini, adakah Kelantan mampu memberikan sesuatu ketika bertemu juara liga sembilan kali ini? Ini pertarungan antara pasukan teratas dan pasukan tercorot.

Jika dilihat dari segi prestasi dan kedudukan liga, pastinya tiada masalah besar untuk JDT menumbangkan Kelantan United di tempat sendiri. Persoalannya adalah mampukah Kelantan United untuk tidak bolos dengan jaringan yang besar? Atau mampukah Kelantan United menjaringkan gol?

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan JDT dan Kelantan United dalam perlawanan ini.

Kesebelasan utama JDT vs Kelantan United

Pembelian Tiket Masuk Secara Online

Untuk peminat dan penyokong JDT yang berada di berdekatan stadium, jangan lupa untuk datang ke stadium bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan anda. Tiket sudah boleh didapatkan secara online menerusi portal www.tickethotline.com.my.

Siaran Langsung Liga Super 2023 JDT vs Kelantan United

Sambil layan Sukan SEA 2023, boleh juga tonton perlawanan ini yang akan dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga saksikan secara online di aplikasi astrogo.astro.com.my secara percuma untuk pelanggan pek sukan Astro.

Selain itu, anda juga boleh live streaming menerusi platform web atau aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langgan saluran Liga Malaysia dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

Jadual Dan Keputusan JDT vs Kelantan United Di Liga Super 2023

Berikut seperti yang dipaparkan dibawah merupakan jadual perlawanan bola sepak antara JDT dan Kelantan United. Untuk keputusan pula, hanya akan dikemaskini selepas habis perlawanan pada malam tersebut.

Jadi untuk semua pemain bola sepak tempatan khususnya untuk kedua-dua pasuakn, jangan lupa saksikan aksi Liga Super 2023 antara Johor Darul Ta'zim FC vs Kelantan United FC pada 13 Mei ini, hari Sabtu pada pukul 8.15 malam di Stadium Sultan Ismail, Iskandar Puteri

13 Mei 2023 (Sabtu)

FT : JDT (6) - (0) Kelantan United

Bergson da Silva 8', 61', 69' (P)
Fernando Forestieri 22', 90+2'
Leandro Velazquez 76' (P)

Waktu : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ismail
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post