Siaran Langsung JDT vs Penang Live Streaming Piala FA 2023

Siaran Langsung JDT vs Penang Live Streaming Piala FA 2023

Hari kedua Piala FA 2023 untuk pusingan Suku Akhir diteruskan lagi dengan dua perlawanan dan salah satunya adalah pertemuan antara Johor Darul Ta'zim FC dan Penang FC yang mana ianya akan diadakan pada 28 Mei ini, hari Ahad bertempat di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.

Perlawanan ini pastinya antara tumpuan pada hari ini. Satunya adalah kerana pasukan JDT itu sendiri sebagai penyandang juara dan kedua adalah kerana pertemuan ini adalah kali pertama berlangsung dalam musim Liga Malaysia kali ini.

JDT

Bukan sahaja tidak kalah di saingan liga tetapi turut di Piala FA. JDT sebelum ini telah berjaya menumpaskan PDRM pada pusingan 16 terbaik dengan jaringan tiga gol kosong sekali gus berjaya mara satu lagi tempat iaitu di Suku Akhir.

Penang

Pasukan ini juga tidak menghadapi masalah ketika bertemua salah satu pasukan daripada Liga Super iaitu Kuching City di pusingan 16 terbaik. Antara jaringan terbesar ketika iaitu dengan empat gol tanpa balas. Kini mereka menghadapi cabaran yang besar di Suku Akhir.

JDT dan Penang masih belum bertemu dalam saingan liga dan ini kali pertama mereka bersua muka. Pasti menarik untuk disaksikan. Bagi pasukan yang menang, mereka akan bertemu pasukan Selangor yang telah berjaya mara ke Separuh Akhir dengan menewaskan Negeri Sembilan 3-1 pada semalam.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan JDT dan Penang dalam perlawanan ini.

Siaran Langsung JDT vs Penang Live Streaming Piala FA 2023

Pembelian Tiket Masuk Secara Online

Lagi bermain di halaman sendiri. Jadi penyokong tuan rumah, JDT jangan lupa untuk datang dan penuhkan stadium anda dengan dapatkan tiket masuk yang kini sudah dijual secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my.

Siaran Langsung Piala FA Suku Akhir 2023 JDT vs Penang

Untuk yang berada di rumah, anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung yang disiarkan di kaca tv anda menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go khusus untuk pengguna pek sukan Astro.

Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan platform Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mudah alih untuk tonton secara live streaming. Hanya perlu kepada langganan pas 1 perlawanan berharga RM7.90 atau pas bulanan RM28.90.

Jadualn Dan Keputusan JDT vs Penang Piala FA 2023 Suku Akhir

Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan Suku Akhir Piala FA 2023 iaitu pertemuan antara JDT vs Penang. Untuk keputusan pula, hanya akan dikemaskini selepas tamat perlawanan sebenar pada malam tersebut.

Jadi untuk peminat bola sepak, jangan lupa saksikan aksi Liga Piala FA 2023 untuk pusingan Suku Akhir antara Johor Darul Ta'zim FC vs Penang FC pada 28 Mei ini, hari Ahad, jam 8.15 malam yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim

28 Mei 2023 (Ahad)

FT : JDT (5) - (0) Penang

Ousmane Fane 32' (OG)
Jordi Amat 38'
Arif Aiman 49' (P)
Corbin-Ong 58'
Syafiq Ahmad 90+2'

*JDT mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala FA 2023

Waktu : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post