Siaran Langsung JDT vs Sri Pahang Live Streaming Liga Super 2023

Siaran Langsung JDT vs Sri Pahang Live Streaming Liga Super 2023

Hari kedua untuk minggu kedua belas Liga Super 2023 diteruskan lagi dengan empat perlawanan dan salah satu daripadanya adalah pertemua antara Johor Darul Ta'zim FC vs Sri Pahang FC yang mana ianya akan diadakan pada 24 Mei 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Sultan Ismail di Iskandar Puteri Johor.

Menjadi perlawanan tumpuan utama dalam minggu ini. Kini bertemunya buat kali pertama dalam musim baru Liga Super 2023 dua buah pasukan yang masih belum tewas sejak liga bermula iaitu antara JDT dan Sri Pahang.

JDT

Umum sudah ketahui, bukan sahaja belum tewas tetapi menjadi satu-satunya pasukan yang belum keciciran mata. Ini bermakna, mereka masih belum tewas dan seri terhadap mana-mana pasukan dalam Liga Super setakat ini.

Sri Pahang

Skuad Tok Gajah juga menjadi pasukan yang belum tewas dalam saingan liga. Tetapi mereka pernah keciciran mata dimana setakat ini mereka telah meraih keputusan seri sebanyak empat kali dalam tempoh sebelas perlawanan.

Jadi inilah penentuan untuk pasukan manakah yang akan tewas buat kali pertama dalam saingan liga kali ini. Adakah JDT akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan Sri Pahang? Atau Sri Pahang tetap terus menjadi mangsa belasahan sama seperti pasukan pasukan lain?

Senarai Pemain Kebebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan JDT vs Sri Pahang dalam perlawanan ini.

Pemain Kesebelasan Utama JDT vs Sri Pahang Liga Super 2023

Pembelian Tiket Masuk Secara Online

Perlawanan hangat, pastinya tiket cepat habis. Jadi jangan berlengah terutamanya untuk pasukan tuan rumah iaitu untuk dapatkan tiket masuk ke stadium yang boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my.

Siaran Langsung Liga Super 2023 JDT vs Sri Pahang

Untuk peminat bola sepak di luar sana, anda masih boleh saksikan perlawanan ini secara langsung yang akan dibawakan secara langsung di kaca menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.

Yang tiada Astro, jangan risau. Anda masih boleh saksikan perlawanan ini secara live streaming iaitu menerusi platform web atau menggunakan aplikasi Sooka. Harga langganan bermula dari RM7.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

Jadual Dan Keputusan JDT vs Sri Pahang Di Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan bola sepak LS12 iaitu pertemuan antara JDT dan Sri Pahang. Manakala untuk keputusan, akan dikemaskini selepas habis perlawanan pada malam tersebut.

Jadi untuk peminat bola sepak tempatan, jangan lupa saksikan aksi Liga Super 2023 antara Johor Darul Ta'zim FC vs Sri Pahang FC pada 24 Mei ini, hari Rabu pukul 8.15 malam yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim

24 Mei 2023 (Rabu)

FT : JDT (2) - (0) Sri Pahang

Bergson da Silva 45+2'
Fernando Forestieri 74'

Waktu : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post