Saingan Liga Super 2023 diteruskan lagi dan kali ini sudah sampai ke pengujung untuk pusingan pertama dan antara perlawanan yang berlangsung adalah antara Kedah Darul Aman FC vs Sabah FC yang bakal diadakan pada 2 Jun 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Darul Aman di Ipoh.
Kesemua pasukan akan terbabit untuk perlawanan terakhir pusingan pertama Liga Super 2023 kali ini dan ianya akan berlangsung selama tiga hari iaitu bermula Jumaat, Sabtu dan Ahad. Pasukan manakah yang akan terus berada di kedudukan yang selesa selepas ini?
Kedah
Pasukan Kedah yang sepertinya masih belum berada dalam keadaan persembahan yang baik. Dalam lima perlawanan terakhir, mereka telah tewas sebanyak tiga kali. Dengan itu, pasukan tersebut kini menghuni tangga kelima di belakang Sabah dengan 22 mata.
Sabah
Manakala Sabah yang hanya pernah tewas dua kali sahaja dalam dua belas perlawanan setakat ini, seperti berada dalam keadaan yang baik. Ditambah pula, mereka tidak tewas dalam lima perlawanan tersebut sebelum ini dengan menduduki tempat ketiga dengan 24 mata.
Jika dilihat daripada prestasi, Sabah mungkin berkelebihan, tetapi Kedah juga apa kurangnya. Sabah sebelum ini mengharungi saingan Piala FA dan Kedah tidak. Ini memberikan rehat yang cukup kepada pasukan tuan rumah.
Tambahan lagi, mereka akan bermain di Ipoh yang pastinya akan memberi impak positif kepada pasukan tuan rumah dengan adanya penyokong yang datang beramai-ramai bagi memberikan sokongan kepada pasukan kegemaran mereka.
Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan
Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan Kedah vs Sabah dalam perlawanan ini.
Pembelian Tiket Masuk Secara Online
Jangan lup untuk dapatkan tiket masuk ke stadium yang mana anda kini boleh sudah dapatkan sama ada secara online di laman web www.tickethotline.com.my atau beli tiket fizikal yang dijual di kaunter perkarangan stadium pada hari perlawanan.
Siaran Langsung Liga Super 2023 Kedah vs Sabah
Untuk tontonan perlawanan secara langsung di rumah, anda boleh saksikan menerusi saluran Astro Arena Bola CH803 atau tontonan secara online di Astro Go secara percuma khusus untuk pengguna pek sukan Astro.
Selain itu, anda juga boleh live streaming menerusi platform web atau menggunakan aplikasi Sooka. Hanya perlu langganan iaitu dengan harga bermula daripada RM7.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.
Jadual Dan Keputusan Kedah vs Sabah Di Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan bola sepak Liga Super 2023 LS13 iaitu pertemuan antara Kedah dan Sabah. Manakala untuk keputusan, akan dikemaskini selepas habis perlawanan pada malam tersebut.
Jadi untuk peminat bola sepak tempatan, jangan lupa saksikan perlawanan antara Kedah Darul Aman FC vs Sabah FC pada 2 Jun ini, hari Jumaat, pukul 9.00 malam yang berlangsung di Stadium Darul Aman.
2 Jun 2023 (Jumaat)
FT : Kedah (2) - (1) Sabah
Gabriel Peres 8'
Lee Tuck 40', 72'
Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Darul Aman
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka