Siaran Langsung Kelantan United vs Kelantan Live Streaming Liga Super 2023

Siaran Langsung Kelantan United vs Kelantan Live Streaming Liga Super 2023

Liga Super 2023 bersambung semula dan memasuki minggu ketiga belas dan kali ini mempertemukan antara dua pasukan berpengkalan di negeri yang sama iaitu antara Kelantan United FC dan Kelantan FC dimana ianya akan diadakan pada 2 Jun 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu.

Ini juga sebenarnya menjadi antara perlawanan tumpuan pada minggu ini selain daripada pertemuan antara pasukan yang berada di atas liga. Ianya juga boleh digelarkan dengan perlawanan 'derby Kota Bharu'.

Kelantan United

Menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum mencatatkan sebarang kemenangan setakat dua belas perlawanan ini pastinya menjadi bebanan dan setiap pemain tertekan apabila menghadapi perlawanan. Bertemu Kelantan, pastinya peluang masih ada untuk mencatatkan sesuatu.

Kelantan

Kelantan kini sedang menghadapi masalah dalaman dan berharap setiap pemain dapat memberikan sesuatu pada perlawanan ini. Tidak boleh tidak, mereka harus menang untuk menyelamatkan pasukan ini dari terus duduk berada di bawah liga.

Kedua-duanya kini berada di tangga tercorot liga iaitu di tempat ke-13 dan ke-14. Kedua-duanya hanya dibezakan dengan 1 mata sahaja. Bagi pasukan yang mampu menang dalam perlawanan ini, setidak-tidaknya boleh naik satu ke dua anak tangga sebelum mengakhiri pusingan pertama Liga Super 2023.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan Kelantan United vs Kelantan dalam perlawanan ini.

[Senarai pemain kesebelasan utama akan dikemaskini setengah jam sebelum perlawanan]

Pembelian Tiket Masuk Secara Online

Kedua-dua pasukan pastinya mempunyai penyokong yang sama dengan berasaskan pasukan Kelantan. Jadi datang beramai-ramai untuk saksikan perlawanan ini dengan dapatkan tiket masuk secara online di www.tickethotline.com.my atau tiket fizikal yang dijual pada hari perlawanan di perkarangan stadium.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Kelantan United vs Kelantan

Bagi yang ingin menonton perlawanan ini dirumah, anda boleh saksikan secara langsung yang dibawakan menerusi saluran Astro Arena Bola 2 CH804 atau tontonan secara online di astrogo.astro.com.my.

Bagi yang tidak mempunyai akses kepada Astro, boleh layan live streaming menerusi platform web atau menggunakan aplikasi Sooka. Hanya perlu langganan iaitu dengan harga bermula RM7.90 untuk pas satu perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

Jadual Dan Keputusan Kelantan United vs Kelantan Di Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan bola sepak Liga Super 2023 LS13 iaitu pertemuan antara Kelantan United vs Kelantan. Untuk keputusan pula, akan dikemaskini sejurus selepat tamat perlawanan pada malam tersebtu.

Jadi untuk peminat bola sepak, jangan lupa untuk saksikan perlawanan antara Kelantan United FC vs Kelantan FC pada 2 Jun ini, hari Jumaat, jam 9.00 malam yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

2 Jun 2023 (Jumaat)

FT : Kelantan United (4) - (1) Kelantan

Devid Silva 22'
OJ Porteria 26', 61'
Ismaheel Akinade 45+4' (P)
Syazwan Zainon 66'

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan : Astro Arena 2 804
Live Streaming : Astro Go & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post