Siaran Langsung Kelantan vs PDRM Live Streaming Liga Super 2023

Siaran Langsung Kelantan vs PDRM Live Streaming Liga Super 2023

Antara tiga perlawanan yang berlangsung pada hari pertama, minggu kedua belas Liga Super 2023 ini adalah pertemuan antara Kelantan FC vs PDRM FC yang mana ianya akan diadakan pada 23 Mei 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu.

Ini pastinya menjadi antara perlawanan tumpuan untuk hari pertama. Kelantan yang sedang mengalami pelbagai masalah dalaman pastinya sedikti sebanyak akan merencatkan persembahan ketika beraksi di atas padang. Adakah mereka mampu memberikan sesuatu dalam perlawanan ini nanti?

Kelantan

Dalam lima perlawanan terakhir, Kelatan sepertinya sudah lesu bagi memberikan tentangan kepada pihak lawan. Masakan tidak, sepanjang tempoh tersebut, mereka sekurang-kurangnya telah melepaskan 3 gol kepada pihak lawan sekali gus tewas kesemuanya.

PDRM

Tetapi bukan itu sahaja, PDRM juga menerima nasib yang sama apabila telah tewas kesemua perlawanan dalam lima perlawanan terakhir mereka. Tetapi sekurang-kurangnya mereka tidaklah tewas dengan julai jaringan yang tinggi.

Jadi perlawanan ini pastinya seimbang untuk kedua-dua pasukan. Masing-masing mempunyai kelebihan untuk mencipta kemenangan. Tapi pastinya sedikit sebanyak akan memihak kepada pasukan tuan rumah ditambah pula dengan kehadiran penyokong yang ramai.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan Kelantan vs PDRM dalam perlawanan ini.

Kesebelasan utama Kelantan vs PDRM Liga Super 2023

Pembelian Tiket Masuk Secara Online

Untuk penyokong tuan rumah terutamanya, jangan lupa untuk datang ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan anda. Dapatkan tiket secara online di www.tickethotline.com.my atau beli tiket fizikal yang dijual pada hari perlawanan di perkarangan stadium.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Kelantan vs PDRM

Seperti biasa, perlawanan Liga Super 2023 kali ini tetap akan disiarkan secara langsung di kaca dan ini akan disiarkan menerusi saluran Astro Arena Bola 2 804 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my.

Selain itu, bagi yang tidak mempunyai akses kepada Astro, boleh live streaming perlawanan ini menerusi platform web dan aplikasi Sooka. Harga langganan bermula RM7.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

Jadual Dan Keputusan Kelantan vs PDRM Di Liga Super 2023

Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan bola sepak LS12 iaitu antara Kelantan vs PDRM. Manakala untuk keputusan, hanya akan dikemaskini selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.

Jadi untuk peminat bola sepak tempatan, jangan lupa untuk saksikan aksi Liga Super 2023 antara Kelantan FC vs PDRM fc pada 23 Mei ini, hari Selasa, jam 9.00 malam yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

23 Mei 2023 (Selasa)

FT : Kelantan (1) - (4) PDRM

Marcus Macauley 15'
Nabil Ahmad Latpi 33'
Uche Agba 65'
Bruno Suzuki 90' (P)
Miguel Cifuentes 90+4'

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad Ke-IV
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post