Antara empat perlawanan yang berlangsung dalam hari kedua, minggu kedua belas Liga Super 2023 ini adalah pertemuan antara Kuala Lumpur City FC vs Kuching City FC yang mana ianya akan diadakan pada 24 Mei 2023, hari Rabu bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras.
Pertemuan kali pertama dalam musim ini antara dua pasukan yang bertapak di bandaraya iaitu Kuala Lumpur dan di Sarawak. Pasti menarik untuk diperlihat apakah aksi yang bakal dipertontonkan dalam perlawanan ini.
KL City
KL City kini berada dalam prestasi yang baik untuk meraih kemenangan. Dalam tempoh lima perlawanan terakhir, mereka hanya pernah tewas sekali sahaja dan telah memenangi empat perlawanan ketika itu. Sekali gus telah menempatkan pasukannya di tangga keenam.
Kuching City
Berbeza yang dialami oleh pasukan pelawat iaitu Kuching City. Dengan tempoh perlawanan yang sama, mereka telas tewas empat perlawanan berturut-turut selepas mengakhiri perlawanan dengan keputusan seri pada perlawanan sebelum itu.
Jika dilihat daripada kedudukan carta liga, perlawanan ini pastinya memihak kepada pasukan tuan rumah. Dengan momentum kemenangan, bermain di hadapan penyokong sendiri yang mana semua itu, memberikan kelebihan kepada KL City.
Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan
Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan KL City vs Kuching City dalam perlawanan ini.
Pembelian Tiket Masuk Secara Online
Jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk stadium yang kini sudah boleh dibeli sama ada secara online iaitu menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau boleh juga dapatkan tiket fizikal di perkarangan stadium yang dijual pada hari perlawanan.
Siaran Langsung Liga Super 2023 KL City vs Kuching City
Untuk yang tidak dapat hadir ke stadium, anda boleh saksikan perlawanan antara KL City vs Kuching City yang dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 2 804 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.
Sebagai alternatif kepada saluran tersebut, anda juga boleh live streaming iaitu menerusi platform web atau menggunakan aplikasi Sooka. Harga langganan bermula dari RM7.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.
Jadual Dan Keputusan KL City vs Kuching City Di Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan bola sepak LS12 iaitu pertemuan antara KL City dan Kuching City. Manakala untuk keputusan, hanya akan dikemaskini selepas habis perlawanan pada malam tersebtu.
Jadi untuk peminat bola sepak tempatan jangan lupa untuk saksikan aksi Liga Super 2023 antara Kuala Lumpur City FC vs Kuching City FC pada 24 Mei ini, hari Rabu, jam 9.00 malam yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.
24 Mei 2023 (Rabu)
FT : KL City (1) - (1) Kuching City
Tchetche Kipre 85' (P)
Abu Kamara 90+4'
Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go & Sooka