Untuk hari kedua minggu kesebelas Liga Super 2023, akan berlangsung tiga lagi perlawanan dan salah satunya adalah pertemuan antara Kuching City FC dan Johor Darul Ta'zim FC yang mana ianya akan diadakan pada 19 Mei 2023, hari Jumaat bertempat di Stadium Negeri di Kuching.
Ini merupakan pertemuan antara pendahulu liga bertemua antara pasukan yang berada di bawah liga. Pasti ramai yang tidak sabar untuk saksikan pertembungan ini. Adakah akan ada kejutan atau hanya sekadar 'latihan' daripada pendahulu liga tersebut.
Kuching City
Setakat liga bermula, Kuching City antara pasukan yang hanya mampu untuk peroleh satu kemenangan sahaja dan dalam tempoh itu, mereka telah tewas sebanyak lapan kali. Kini mereka akan bertemu sebuah pasukan yang telah menjuarai liga sebanyak sembilan kali berturut-turut.
JDT
Berbeza dengan pasukan pelawat. Menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum keciciran mata walaupun sebutir. Tidak cukup dengan itu, mereka hanya pernah bolos sekali sahaja dalam tempoh 10 perlawanan sebelum ini.
Jika dilihat prestasi semasa, kita bakal dapat lihat jaringan yang besar bakal berlaku sekali lagi kali ini. Sekiranya pasukan tuan rumah tidak bersedia, ianya pasti berlaku. Tapi inilah bola sepak yang tiada siapa akan jangka. Mungkin akan ada sesuatu berlaku tanpa kita jangkakan.
Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan
Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan Kuching City vs JDT dalam perlawanan ini.
Pembelian Tiket Masuk Secara Online
Untuk penyokong tuan rumah terutamanya yang berada di Kuching, jangan lupa untuk datang ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan anda. Dapatkan tiket online menerusi www.tickethotline.com.my atau tiket fizikal yang boleh dibeli di perkarangan stadium.
Siaran Langsung Liga Super 2023 Kuching City vs JDT
Untuk yang tidak dapat hadir, anda boleh saksikan perlawanan antara Kuching City dan JDT ini yang dibawakan secara langsung menerusi saluran RTM iaitu di TV2 dan Sukan RTM serta boleh juga tonton secara online di RTM Klik.
Selain itu, bagi yang sudah memiliki aplikasi Sooka, anda juga boleh live streaming menerusi platform tersebut secara percuma. Tidak perlu kepada apa-apa langganan bagi menonton perlawanan ini.
Jadual Dan Keputusan Kuching City vs JDT Di Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual penuh perlawanan bola sepak antara Kuching City dan JDT. Manakala untuk keputusan perlawanan hanya akan dikemaskini selepas habis dan tamat perlawanan pada malam tersebut.
Jadi untuk semua peminat bola sepak tempatan, jangan lupa saksikan aksi Liga Super 2023 antara Kuching City FC vs Johor Darul Ta'zim FC pada 19 Mei ini, hari Jumaat pada jam 8.15 malam yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching.
19 Mei 2023 (Jumaat)
FT : Kuching City (0) - (4) JDT
Fernando Forestieri 4', 36'
Bergson da Silva 70'
Juan Muniz 73'
Waktu : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Negeri, Kuching
Tayangan : TV2 & Sukan RTM
Live Streaming : RTM Klik & Sooka