Aksi Liga Super 2023 diteruskan lagi dengan memasuki minggu kedua belas iaitu yang terakhir bagi pusingan pertama dan salah satu perlawanan adalah pertemuan Negeri Sembilan FC dan Kelantan United FC iaitu pada 23 Mei 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.
Ini pastinya menguji anak-anak buah pasukan masing-masing apabila hanya berehat beberapa hari dan kini mereka akan meneruskan lagi perlawanan liga dan seterusnya mengharungi Piala FA pusingan suku akhir pada hujung minggu ini.
Negeri Sembilan
Negeri Sembilan kini berada dalam prestasi terbaik apabila sudah meriah dua kemenangan berturut-turut sebelum ini. Pastinya momentum terbaik ini akan dibawa untuk perlawanan seterusnya dan sekali gus mendapatkan mata maksimum bagi memperbaiki kedudukan.
Kelantan United
Menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum meriah sebarang kemenangan sejak liga berlangsung pada Februari lalu. Ini merupakan perlawanan terakhir pusingan pertama liga dan adakah mereka akhirnya mampu peroleh 3 mata maksimum dalam satu perlawanan atau ianya terus berlanjutan sehingga pusingan kedua liga.
Negeri Sembilan pastinya akan menggunakan sebaiknya peluang ini bagi menumbangkan pihak lawan. Bermain di halaman sendiri, dihadapan penyokong sendiri serta berada dalam mentaliti kemenangan, pastinya memberikan kelebihan besar kepada pasukan tuan rumah.
Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan
Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan Negeri Sembilan vs Kelantan United dalam perlawanan ini
Pembelian Tiket Masuk Secara Online
Untuk penyokong kedua-dua pasukan, anda kini boleh mula dapatkan tiket masuk stadium dengan beli secara online di www.tickethotline.com.my atau tiket fizikal yang boleh dibeli di perkarangan stadium pada hari perlawanan.
Siaran Langsung Liga Super 2023 Negeri Sembilan vs Kelantan United
Untuk penonton yang ingin menyaksikan perlawanan ini secara langsung, anda boleh saksikan menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my khusus untuk pengguna Astro.
Selain itu, jika tiada Astro, anda boleh live streaming iaitu menerusi platform web atau aplikasi Sooka. Anda hanya perlu langgan Pek Liga Malaysia 2023 dengan harga serendah RM7.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.
Jadual Dan Keputusan Negeri Sembilan vs Kelantan United Di Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual penuh perlawanan bola sepak LS12 antara Negeri Sembilan vs Kelantan United. Untuk keputusan, hanya akan dikemaskini sejurus habis perlawanan pada malam tersebut.
Jadi untuk peminat bola sepak tempatan, jangan lupa untuk saksikan aksi Liga Super 2023 antara Negeri Sembilan FC vs Kelantan United FC pada 23 Mei ini, hari Selasa, jam 9.00 malam yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman
23 Mei 2023 (Selasa)
FT : Negeri Sembilan (3) - (3) Kelantan United
Oj Poreteria 14'
Syazwan Zainon 32'
Shahrel Fikri 36'
Hafiz Ramdan 71'
Indra Putra 80' (P)
Filemon Anyie 90+5'
Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Tuanku Abdul Rahman
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka