Siaran Langsung Negeri Sembilan vs KL City Live Streaming Liga Super 2023

Siaran Langsung Negeri Sembilan vs KL City Liga Super 2023

Hujung minggu anda kali ini akan disajikan kembali dengan sebuah perlawanan bola sepak yang menarik iaitu pertemuan antara Negeri Sembilan FC dan Kuala Lumpur City FC yang akan diadakan pada 14 Mei 2023, hari Ahad bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.

Mungkin sekarang tengah ramai yang fokus kepada temasya sukan Asia Tenggara iaitu Sukan SEA 2023, tetapi dalam kesempatan itu juga akan diadakan satu perlawanan bola sepak liga tempatan bagi melengkapkan jadual pada sebelumnya.

Sebenarnya bukan satu, tetapi berlangsung dua perlawanan. Satu lagi adalah pertembungan antara pendahulu liga, JDT dan pasukan tercoro liga, Kelantan United yang mana diadakan pada 13 Mei ini yang bertempat di Stadium Sultan Ibrahim.

Minggu ini sebenarnya, bukanlah minggu perlawanan kesebelas, tetapi bagi melengkapkan perlawanan yang terpaksa ditunda sebelum ini akibat cuaca buruk, ianya ditunda dan dianjak pada minggu ini. Perlawanan ini sebenarnya patut berlangsung pada minggu keempat yang lalu.

Jadi adakah selepas berehat beberapa minggu sebelum ini, dapat memberikan aksi dan persembahan bagi kedua-dua pasukan. KL City jika dilihat sebelum rehat Sukan SEA, mereka telah memenangi empat daripada lima perlawanan terakhir.

Berbeza dengan Negeri Sembilan yang seperti memberikan keputusan yang tidak konsisten dan terumbang-ambang. Dalam lima perlawanan sebelum ini, mereka hanya menang sekali dan tewas serta seri masing-masing sebanyak dua kali.

Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan

Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan Negeri Sembilan dan KL City dalam perlawanan ini.

Barisan pemain Negeri Sembilan vs KL City

Pembelian Tiket Masuk Secara Online

Untuk penyokong pasukan bola sepak tuan rumah yang berada di sekitar Paroi khususnya, jangan lupa untuk datang ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan anda. Anda kini sudah boleh mula dapatkan tiket yang boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my serta tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium pada hari perlawanan.

Siaran Langsung Liga Super 2023 Negeri Sembilan vs KL City

Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium, jangan risau. Anda boleh saksikan perlawanan ini di rumah yang dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my.

Selain itu, penonton juga boleh live streaming jika tidak mempunyai akses kepada saluran Astro iaitu menerusi platform web dan aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan pek Liga Malaysia dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.

Jadual Dan Keputusan Negeri Sembilan vs KL City Di Liga Super 2023

Berikut seperti yang dipaparkan dibawah merupakan jadual perlawanan bola sepak antara Negeri Sembilan dan KL City. Manakala untuk keputusan, hanya akan dikemaskini sejurus selepas habis perlawanan pada malam tersebut.

Jadi untuk semua pemain bola sepak tempatan khususnya untuk kedua-dua pasukan, jangan lupa saksikan aksi Liga Super 2023 antara Negeri Sembilan FC vs Kuala Lumpur City FC pada 14 Mei ini, hari AHad pada pukul 9.00 malam di Stadum Tuanku Abdul Rahman, Paroi

14 Mei 2023 (Ahad)

FT : Negeri Sembilan (2) - (1) KL City

Zaquan Adha 73'
Zhafri Yahya 84'
Safuwan Baharudin 87'

Waktu : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Tuanku Abdul Rahman
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka

Post a Comment

Previous Post Next Post