Saingan Piala FA 2023 kini bersambung semula untuk pusingan Suku Akhir dan salah satu perlawanan yang berlangsung adalah pertemuan antara Negeri Sembilan dan Selangor yang mana ianya akan diadakan pada 27 Mei 2023, hari Sabtu bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.
Terdapat lapan pasukan yang masih kekal dan akan meneruskan cabaran bagi merebut Piala FA untuk tahun 2023. Kedua-dua pasukan telah berjaya menewaskan lawan masing-masing ketika bertemua di pusingan 16 terbaik pada April yang lalu.
Negeri Sembilan
Untuk pasukan Negeri Sembilan, mereka telah bertemu PIB Shah Alam iaitu sebuah pasukan amatur daripada Liga M3 yang mana ketika itu bermain di Stadium Tuanku Abdul Rahman. Kesudahannya, skuad Jang Hobin berjaya mengalahkan lawan dengan jaringan dua gol kosong.
Selangor
Manakala untuk pasukan Selangor, mereka telah menumbangkan antara pasukan terkuat pada saingan Liga Malaysia kali ini iaitu Sri Pahang juga di tempat sendiri dengan jaringan empat gol kosong dalam pusingan 16 terbaik.
Dengan kemenangan untuk kedua-dua pasukan ini, mereka bertemu di peringkat suku akhir dan Negeri Sembilan akan menjadi tuan rumah. Tiada perlawanan timbal balik, pasukan yang menang akan ke Separuh Akhir bakal bertemu antara JDT atau Penang.
Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan
Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan Negeri Sembilan vs Selangor dalam perlawanan ini.
Pembelian Tiket Masuk Secara Online
Jangan lupa untuk dapatkan tiket masuk stadium yang kini sudah boleh dibeli sama ada secara online menerusi laman web www.tickethotline.com.my atau boleh juga beli tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium pada hari perlawanan.
Siaran Langsung Piala FA Suku Akhir 2023 Negeri Sembilan vs Selangor
Untuk saingan Piala FA juga akan disiarkan secara langsung di kaca tv dan untuk perlawanan anda boleh saksikan menerusi saluran Astro Arena 801 dan Arena Bola 2 804 atau boleh juga strim secara online di Astro Go.
Bukan itu sahaja, perlawanan ini turut disiarkan menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Juga dibawakan dengan tayangan digital secara langsung di portal rtmklik.rtm.gov.my. Selain itu, boleh juga live streaming di aplikasi Sooka secara percuma tanpa perlu apa-apa langganan.
Jadual Dan Keputusan Negeri Sembilan vs Selangor Piala FA 2023 Suku Akhir
Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan Suku Akhir Piala FA 2023 iaitu pertemuan antara Negeri Sembilan dan Selangor. Untuk keputusan, akan dikemaskini sejurus selepas habis perlawanan pada malam tersebut.
Jadi untuk peminat bola sepak, jangan lupa saksikan aksi Piala FA 2023 untuk pusingan Suku Akhir antara Negeri Sembilan FC vs Selangor FC pada 27 Mei ini, hari Sabtu, pukul 8.15 malam yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdu Rahman.
27 Mei 2023 (Sabtu)
FT : Negeri Sembilan (1) - (3) Selangor
Safuwan Baharudin 1'
Mukhairi Ajmal 3'
Yohandry Orozco 60', 87'
*Selangor berjaya melangkah ke pusingan Separuh Akhir Piala FA 2023
Waktu : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Tuanku Abdul Rahman
Tayangan : Astro Arena 801, Arena Bola 2 804, TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : Astro Go, RTM Klik & Sooka