Antara perlawanan yang bakal berlangsung pada minggu kesebelas Liga Super 2023 adalah pertemuan antara PDRM FC dan Negeri Sembilan FC yang mana ianya akan diadakan pada 18 Mei 2023, hari Khamis bertempat di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Ini merupakan perlawanan pembukaan untuk minggu baru kali ini. Perlawanan minggu ini akan berlangsung selama tiga hari dengan melibatkan kesemua pasukan dalam tujuh perlawanan dan hanya satu perlawanan berlangsung pada hari pertama ini.
PDRM
PDRM sepertinya tercari-cari rentak kemenangan dalam lima perlawanan sebelum ini. Dalam tempoh itu, mereka hanya menang sekali dan telah tewas sebanyak empat kali. Mungkin selepas berehat panjang, mereka bakal kembali memberikan kejutan kepada pasukan-pasukan liga yang lain.
Negeri Sembilan
Dalam waktu yang sama juga, Negeri Sembilan terlebih dahulu temui kemenangan iaitu ketika bertemu KL City pada perlawanan tertunda sebelum ini. Walaupun dari atas kertas akan berpihak kepada KL City, tetapi ternyata skuad Jang Hobing mampu mencipta kejutan.
Ini pastinya ditunggu-tunggu oleh semua peminat bola sepak. Liga Super kini kembali dan akan terus dimainkan sehingga tiba perlawanan persahabatan antarabangsa dalam kalendar FIFA yang dijadualkan pada Jun ini.
Pasukan manakah yang mampu untuk meraih tiga mata maksimum? Adakah PDRM akan menggunakan kesempatan bermain di tempat lawan atau Negeri Sembilan bakal meneruskan rentak kemenangan seperti perlawanan sebelum ini.
Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan
Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan PDRM vs Negeri Sembilan dalam perlawanan ini.
Pembelian Tiket Masuk Secara Online
Untuk penyokong yang berada di Lembah Klang, jangan lupa untuk hadir dan datang ke stadium bagi memberikan sorakan kepada pasukan kesayangan anda. Beli tiket sekarang yang mana mana anda boleh beli secara online di www.tickethotline.com.my atau dapatkan tiket fizikal yang dijual di perkarangan stadium bermula pada hari perlawanan.
Siaran Langsung Liga Super 2023 PDRM vs Negeri Sembilan
Untuk penonton di rumah, anda boleh saksikan perlawanan antara PDRM dan Negeri Sembilan ini yang dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau boleh juga tonton secara online di Astro Go.
Selain itu, sebagai alternatif kepada saluran Astro, anda juga boleh saksikan perlawanan ini secara live streaming menerusi platform web atau aplikasi Sooka. Hanya perlu langgan dengan harga serendah RM4.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.
Jadual Dan Keputusan PDRM vs Negeri Sembilan Di Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual penuh perlawanan bola sepak antara PDRM dan Negeri Sembilan. Manakala untuk keputusan perlawanan hanya akan dikemaskini selepas tiupan wisel penamat pada malam tersebut.
Jadi untuk semua peminat bola sepak tempatan, jangan lupa saksikan aksi Liga Super 2023 antara PDRM FC vs Negeri Sembilan FC pada 18 Mei ini, hari Khamis pada jam 8.15 malam yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
18 Mei 2023 (Khamis)
FT : PDRM (1) - (2) Negeri Sembilan
Shahrel Fikri 41'
Amirul Wa'le Yaacob 90'
A. Selvan 90+4'
Waktu : 8.15 Malam
Tempat : Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Astro Go & Sooka