Hujung minggu anda akan dihidangkan dengan pelbagai aksi Liga Super 2023 untuk minggu ketiga belas dan ataranya adalah pertemuan PDRM FC dan Selangor FC dimana ianya akan diadakan pada 3 Jun 2023, heri Sabtu bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).
Pasti menarik untuk disaksikan apabila kedua-dua adalah pengguna stadium yang sama untuk saingan musim kali ini. Home kedua-duanya adalah di MBPJ. Persoalannya, penyokong mana agaknya akan ramai dalam perlawanan ini?
PDRM
Untuk prestasi semasa, selepas empat perlawanan akhirnya pasukan PDRM menemui rentak kemenangan kembali apa kita bertandang ke Kelantan pada minggu lalu. Jika tidak, sebelum ini mereka telah tewas dalam keempat-empat perlawanan dalam lima perlawanan terakhir mereka.
Selangor
Selangor yang kini menjadi pasukan yang paling hampir untuk mengejar pendahulu liga JDT. Dengan hanya pernah tewas dua kali dan seri sekali dalam dua belas perlawanan sebelum ini, pastinya tiada masalah untuk menumbangkan PDRM dalam perlawanan ini.
Selangor sudah pastinya tidak mahu mensia-siakan peluang ketika bermain di MBPJ, walaupun di atas kertas mereka adalah pasukan pelawat, tetapi hakikatnya stadium tersebut adalam homeground mereka untuk musim kali ini.
Senarai Pemain Kesebelasan Utama Perlawanan
Berikut merupakan senarai pemain kesebelasan utama untuk pasukan PDRM vs Selangor dalam perlawanan ini.
Pembelian Tiket Masuk Secara Online
Untuk kedua-dua penyokong pasukan ini, jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke stadium terutamanya yang berada di Lembah Klang. Anda kini sudah boleh dapatkan tiket masuk sama ada secara online di www.tickethotline.com.my atau tiket fizikal yang dijual di kaunter perkarangan stadium pada hari perlawanan.
Siaran Langsung Liga Super 2023 PDRM vs Selangor
Untuk yang tidak berkesempatan untuk hadir, jangan risau. Anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di kaca tv menerusi saluran Astro Arena Bola 2 CH804 atau tontonan secara online di Astro Go khusus untuk pengguna pek sukan Astro.
Bagi yang tidak berkesempatan untuk tonton di Astro, anda boleh live streaming iaitu menerusi platfom web atau di aplikasi Sooka. Hanya perlu langganan dengan harga bermula RM7.90 untuk pas 1 perlawanan atau RM28.90 untuk pas bulanan.
Jadual Dan Keputusan PDRM vs Selangor Di Liga Super 2023
Berikut merupakan jadual penuh bagi perlawanan bola sepak iaitu pertemuan antara PDRM vs Selangor. Manakala untuk keputusan, akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan pada malam tersebut.
Jadi untuk peminat bola sepak tempatan, jangan lupa untuk saksikan aksi Liga Super 2023 LS13 antara PDRM FC vs Selangor FC pada 3 Jun ini, hari Sabtu, pukul 8.15 malam yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
3 Jun 2023 (Sabtu)
FT : PDRM (1) - (0) Selangor
Bruno Suzuki 61'
Waktu : 8.15 Malam
Tempat : Stadium MBPJ
Tayangan : Arena Bola 2 804
Live Streaming : Astro Go & Sooka